Angin petang bertiup sempoi-sempoi bahasa.Seri
Afida Atasya membetulkan tudungnya yang sedikit di tiup angin.Sudah hampir dua
jam dia mengulangkaji pelajaran di bangku meja yang disediakan di luar
perpustakaan.Dalam masa yang sama matanya melilau melihat orang yang
lalu-lalang di situ.
Jam sudah berginjak ke angka enam petang.Buku di
atas meja di tutup perlahan. Barang-barangnya segera di masukkan ke dalam
beg.Tetapi dia masih duduk bersantai di situ sebaik sahaja selesai
mengemas.Tiada tanda-tanda untuk bergerak pulang ke rumah.
“Fida?”Panggil satu suara dari arah belakang.Seri
Afida Atasya segera menoleh ke arah suara itu.Kelihatan Khaty sedang bergerak menuju ke tempatnya.
“Buat apa kat sini sorang-sorang?”soal Khaty sebaik sahaja sampai di hadapan adik
angkatnya itu.Buku-buku yang di pinjam di perpustakaan tadi diletakkan di atas
meja.Naik lenguh tangannya mengusung buku-buku yang tebal gila tu.Silap hari
bulan boleh patah tangannya.
“Tak buat apa pun akak.Saja je ambil angin
sekejap.Akak pulak dari mana?”Seri Afida Atasya memandang Khaty yang sedang
mengelap peluh di dahi.
“Akak dari perpustakaan.Pinjam semua buku-buku
ni,”balas Khaty sambil menujukkan buku-buku yang di letakkan di hadapannya.
“Suria dan Nini mana?” Daripada tadi lagi dia tidak nampak batang hidung kawan
serumah Seri Afida Atasya. Biasanya mereka selalu keluar bertiga.
“Nini dan Suria ada dekat rumah. Fida keluar
sorang je hari ini.”
Makin pelik Khaty mendengar jawapan Seri Afida
Atasya.Jarang dia melihat Seri Afida Atasya keluar bersendirian.Wajah adik
angkatnya itu di renung tajam. Dia dapat mengagak ada sesuatu yang telah
terjadi.Raut muka Seri Afida Atasya nampak pucat dan tak bermaya memperkuatkan
lagi sangkaanya.
“Fida ada masalah ke?”tanya Khaty.Matanya masih menatap muka gadis di
hadapannya itu.
Tersentak Seri Afida Atasya mendengar soalan
itu.”Eh..ta..tak…adalah akak.” Tergagap-gagap dia menjawab.
Khaty
semakin curiga. “Betul ke tak ada?Kenapa akan tengok muka Fida pucat je. Macam
orang ada masalah besar.”
Seri Afida Atasya meraba mukanya.Pucat ke?Rasanya
okey saja tadi. “Tak adalah akak.Fida sihat je.Cuma tak cukup tidur je.Exam kan
dah nak dekat jadi kenalah usaha sikit.”Dia masih lagi berdolak-dalih. Walaupun
pada hakikatnya memang dia tidak dapat tidur semalaman kerana memikirkan
masalah yang sengaja dia cipta. Rasa diri sendiri bodoh pun ada.
Khaty memegang tangan kanan Seri Afida
Atasya.Tangan itu di genggam erat. “Dah hampir empat tahun akak kenal Fida.Akak
boleh tahu dan rasa kalau adik akak ni ada masalah.Jadi akak nak Fida ceritakan
kat akak apa masalah Fida. Biar kita sama-sama cari jalan untuk selesaikan.”
Seri Afida Atasya berasa serba salah.Kalau boleh
dia tidak mahu membebankan kakak angkatnya itu dengan masalahnya.
Khaty mengeluh perlahan melihat Seri Afida Atasya
yang masih mendiamkan diri. “Ini mesti pasal Fakrul kan?”Khaty cuba meneka.
Seri Afida Atasya mengangkat kepala apabila
mendengar andaian kakak angkatnya itu.”Mana akak tahu?”soalnya perlahan.
“Akak teka saja.Sebelum ni pun Fida mesti duduk
bersendirian kalau ada masalah dengan Fakrul.Masalah apa pulak kali ini?”tanya
Khaty lembut. Sejujurnya dia tidak suka Seri Afida Atasya terlampau memikirkan
kerenah lelaki yang tak siuman seperti Fakrul.
Seri Afida Atasya menarik nafas perlahan sebelum
menghembuskannya kembali. Dia sendiri tidak tahu ingin mula daripada mana.Apa
yang pasti dia sangat memerlukan seseorang untuk meluahkan beban yang di
tanggungnya kini.
“Fakrul datang rumah semalam,”ujar Seri Afida
Atasya.Matanya memandang kakak angkatnya yang masih setia menunggu ayat
seterusnya.
“Fakrul mintak Fida kembali kepada dia.”
“What??!!!!”
Mengucap panjang Khaty mendengar perkataan yang
keluar dari mulut dari gadis itu. Apa kenalah dengan Fakrul tu.Memang sah.Mamat
tu sudah gila,desis hatinya geram.
“Habis tu Fida cakap apa dekat dia?”Khaty sudah
menjadi tidak sabar ingin tahu tindakan Seri Afida Atasya.
“Fida terlepas cakap.Fida janji dengan dia yang
Fida akan fikirkan hubungan kami,” jawabnya perlahan.Tapi masih mampu di dengar
oleh Khaty.
“Apa??!!Fida sedar tak apa yang Fida buat
sekarang?”soal Khaty tegas. Tadi baru sahaja dia terkejut apabila mendengar
Fakrul merayu kembali balik Seri Afida Atasya.Sekarang,yang menambahkan lagi
kejutan ialah adik angkatnya berjanji akan fikir pasal hubungan yang sudah
terputus itu.Memang berat masalah.Memang berat.
“Fida tahu semua ini salah.Tapi itu saja cara
yang Fida boleh fikirkan waktu itu. Akak sendirikan kenal perangai Fakrul macam
mana.Selagi Fida tak bersetuju, selagi tulah dia akan buat masalah.Fida tak ada
niat pun nak sambung balik hubungan kami.”Dia sendiri memang tidak pernah
terlintas untuk menduakan tunangnya. Semuanya berlaku kerana terpaksa.Apa yang
berlaku tidak mampu dia putarkan kembali.Terlajak perahu boleh di undur, tapi
kalau dah terlajak kata.
“Patutlah akak tengok si Fakrul tu menyengih
memanjang dalam kelas Puan Aini tadi,”ujar Khaty.Bukan dia tak perasan lelaki
itu seperti pesakit Tanjung Rambutan sepanjang kelas dijalankan.Menyengih je
kerjanya.Rupa-rupanya ada perkara luar biasa yang berlaku.
“Jadi Fida nak buat apa sekarang?”Khaty bertanya
dengan tenang.Tetapi soalannya dibalas hanya dengan gelengan gadis itu.
“Kadang-kadang Fida rasa diri ini jahat
sangat.Menduakan tunang sendiri dalam diam-diam.Berjanji dengan lelaki lain
walaupun diri sendiri tau semua tu salah. Bodohkan Fida ni,akak?,”luah Seri
Afida Atasya.Memang itu perasaanya waktu ini. Kalau nak diikutkan kelakuan dia sama sahaja seperti
Fakrul.Curang.Mungkin lelaki itu lebih baik lagi sebab curang kepada
kekasih.Bukan sepertinya.Curang walaupun sudah mempunyai tunang.
Khaty mengambil tempat bersebelahan Seri Afida
Atasya.Bahu adik angkatnya itu di usap perlahan. “Tak baik cakap macam tu.Fifa
bukan bodoh cuma keliru.Akak faham Fida tersepit di antara dua perasaan.Perasaan
sayang dan tanggungjawab. Kadang-kadang cinta membuat kita terpaksa
memilih.Tetapi bukan beerti cinta yang kita lepaskan adalah satu kesilapan yang
besar.Fida faham kan?
Seri Afida Atasya mengangguk perlahan.Kerana dia
memikirkan ini bukan satu kesilapanlah dia lebih rela memilih untuk bertunang
dengan Fazrie Affendi walaupun dia tidak mencintai lelaki itu.
“Sekarang akak nak Fida bersemuka dengan tunang
Fida.Cuba bawa berbincang dari hati ke hati.Mungkin dari situ semua masalah
dan rasa keliru itu akan
terungkai.”Khaty memberi pandangan.
“Macam mana dengan Fakrul?”tanya Seri Afida
Atasya.
Khaty tersenyum.Faham apa yang cuba disampaikan
Seri Afida Atasya. “Pasal Fakrul akak akan cuba slow talk dengan dia.Fida
selesaikan dulu masalah dengan Fazrie.”
Seri Afida Atasya tersenyum hambar sambil
mengangguk.Dia berharap sangat Fakrul dapat mendengar kata kakak angkatnya
itu.Semua ini mesti diakhiri dengan segera agar tiada yang akan terluka
lagi.
p/s:da lama tak menaip citer ni..harp2 masih ada yg sudi bca lagi...
p/s:da lama tak menaip citer ni..harp2 masih ada yg sudi bca lagi...