Saturday 4 June 2011

+SiNoPsIs SeInDaH pElAnGi+


Dhiya Adilah dan Delisha Dania dilahirkan pada tahun yang sama tapi tarikh yang berbeza. Perbezaan umur beberapa bulan membuatkan kasih sayang yang di curahkan ibu bapa berbeza. Dhiya Adilah merupakan anak yang dimanjai Dato Zikri dan Datin Zulaika berbanding Delisha Rania. Segala permintaan Dhiya Adilah dituruti walaupun permintaan itu membuat Delisha Rania berkecil hati dengan orang tuanya.Sifatnya yang manja,suka mengarah,dan iri hati menjadi racun dalam dirinya.

Delisha Rania dibesarkan oleh Mak Mah yang merupakan orang gaji yang telah berkhidmat lama dalam keluarganya.Kasih sayang yang dicurahkan oleh Mak Mah dan Pak Mad membuatkan dirinya berasa senang hati.Walaupun orang tuanya tidak memberi kasih sayang seperti yang dicurahkan pada kakaknya,tapi dirinya tetap menghormati orang tuanya.Sifatnya yang menghormati orang tua, rajin serta baik hati membuatkan orang sekeliling senang dengannya.

Konflik bermula apabila Dhiya Adilah meminta Dato Zikri mengahwinkannya dengan Arif Fitri walaupun dirinya mengetahui Arif Fitri teman lelaki adiknya.Dato Zikri dan Datin Zulaika meminta Delisha Rania memutuskan hubungan dengan Arif Fitri dan memujuk Arif Fitri supaya mengahwini Dhiya Adilah.Delisha Rania berada dalam keadaan dilemma di antara ingin mempertahankan cintanya atau berkorban untuk kakaknya.Akhirnya Delisha Rania memutuskan memenuhi permintaan mama dan papanya demi kakaknya.

Demi merawat hati yang luka Delisha Rania membawa diri ke Cameron Highlands.Disana Delisha Rania bertemu dengan Ariq Amsyar yang merupakan tuan punya hotel tempat yang diginap oleh Delisha Rania.Pengenalan yang cukup indah membuahkan bibit –bibit cinta diantara mereka berdua. Namun disebalik kebahagiaan mereka ada insan yang iri hati.Dhiya Adilah tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki oleh adiknya sehingga hatinya goyah dan mula jatuh cinta kepada Ariq Amsyar.

Mampukah Dhiya Adilah memusnahkan kebahagiaan adiknya?Adakah berlaku pengorbanan kali kedua yang dilakukan oleh Delisha Rania?Mampukah Ariq Amsyar mengusir derita yang ditanggung Delisha Rania dan membuat hidup Delisha Rania seindah pelangi?

 

No comments:

Post a Comment