Monday 10 December 2012

CiNtA 2 hAtI:1: (edited)


A
pa?Kahwin?”Bergema bangalo tiga tingkat itu dengan suara Fazrie Affendi yang separuh menjerit gara-gara terkejut mendengar cadangan yang dikemukan oleh kedua orang tuanya.

“Iyalah kahwin.Kenapa pula kamu terperanjatnya?” soal Datin Zahliah yang sejak tadi memandang anak sulungnya yang agak gelisah seperti  menunggu isteri di wad bersalin.

“Mama,Azrie baru lepas habis belajar.Kerja pun tak sampai sebulan lagi.Takkanlah mama nak suruh Azrie kahwin.”Fazrie Affendi membangkang cadangan mamanya. Terlalu awal untuk dia memikirkan hal seserius ini.

“Apa salahnya.Kamu bukannya muda lagi.Dah nak masuk 25 tahun pun.Lagipun gadis yang kami pilih datang dari keluarga yang baik-baik,”sampuk Dato Kamaruddin yang sejak tadi mendiamkan diri.

Fazrie mengaru kepalanya yang tidak gatal.Dirinya sudah terperangkap.Sebenarnya dia masih ragu-ragu untuk menerima cadangan orang tuanya.Selepas putus cinta setahun yang lalu,dia tidak pernah membuka pintu hatinya untuk mana-mana perempuan. Tapi sekarang tiba-tiba kena paksa kahwin.Adoiii..parah!! 

“Bagi Azrie masa dulu mama,papa.”Wajah mama dan papanya di pandang dengan pandangan penuh mengharap.Ini keputusan yang besar dalam hidupnya jadi dia tidak mahu mengambil mudah dengan perkara sebegini.

Dato Kamaruddin memandang isterinya.Isterinya mengangguk kepala tanda bersetuju.Perkara sebegini tidak boleh di paksa sangat.Takut benda lain pula yang jadi nanti.Bukan dia tak kenal dengan perangai anak teruna mereka.

“Mama dan papa beri masa seminggu untuk kamu pertimbangkan hal ini.Mama harap anak mama takkan hampakan harapan kami,”luah Datin Zahliah .

“Iyalah mama.Azrie naik atas dulu,”pinta Fazrie Affendi sebelum berlalu meninggalkan ruang tamu. Kepalanya sedang berserabut sangat.Terasa dirinya sedang memikul beban yang sangat berat.

Datin Zahliah memandang langkah anak terunanya itu. Perlahan-lahan nafas di lepaskan.

“Saya berharap sangat Azrie akan bersetuju,bang.”Datin Zahliah meluahkan harapannya. 
 
“Hal macam ni kita tak boleh nak paksa.Lagipun kita belum tanya lagi dengan empunya diri.Si Afida tu pun belum habis belajar lagi,”terang Dato Kmaruddin sambil melipat surat khabar yang di bacanya tadi.

Datin Zahliah mengangguk kepala lemah.Pening memikirkan kerenah anak muda sekarang.Tak macam zaman dulu.Semua urusan jodoh ditentukan oleh orang tua masing-masing. Tapi apakah daya.Zaman sudah berubah.Pemikiran anak muda sekarang juga turut berubah.

FAZLINA Arnie melilau mata-mata mencari abangnya.Biasanya waktu sebegini abangnya itu sudah berada di meja makan.Abangnya itu kalau bab makan tak payah di suruh.Tapi hari ini memang pelik sebab abangnya itu tak turun-turun lagi.

“Mana abang mama?”soal Fazlina Arnie kepada Datin Zahlia yang sedang membantu Mak Mah menghidangkan makan malam di atas meja.Nak harapkan dia memang tak bergeraklah kerja.Lagi-lagi yang melibatkan kerja dapur.

“Ada je dalam bilik tu.Kamu pergilah panggil.Panggil papa sekali,”arah Datin Zahlia lembut sambil memandang anak gadisnya yang sibuk menghidu makanan.

“Aik..biasanya senang je nak turun makan.Tak payah panggil-panggil pun,”komen Fazlina Arnie sambil tangannya ligat mencuit ayam goreng yang berada dalam pinggan.Tapi tangannya segera di ketuk oleh Datin Zahlia.

“Abang kamu tengah runsing memikirlah tu.Sebab tu tak sedar waktu makan malam.”

“Runsing memikir?Fikir pasal apa pulak mama?”tanya Fazlina Arnie.Hairan.

Datin Zahliah mengeluh perlahan.”Mama dan papa suruh abang kamu fikir pasal kahwin.”

“Kahwin?Mama ni biar betul?”Tak ada angin,tak ada ribut,tiba-tiba saja suruh abangnya itu fikir pasal kahwin.Ini mesti kes terpengaruh dengan Datin Maria yang sibuk menjaja cerita pasal menantu barunya itu.

“Betullah.Mama dan papa rancang nak jodohkan abang kamu dengan anak kenalan papa,”terang Datin Zahliah.

Fazlina Arnie tergelak besar.Lucu pula mendengar cadangan mama dan papanya itu. Ada ke patut abangnya itu di jodohkan.Tak logik langsung.

“Eh..eh..yang kamu ni gelak kenapa pula?”Datin Zahliah hairan melihat anak gadisnya yang sedang ketawa terbahak-bahak. Rasanya tak ada pula dia buat lawak.

“Apalah mama ni.Kenapa sampai nak jodohkan abang tu?Macamlah abang Lina tu  tak laku sampai mama tolong carikan.”

Datin Zahlia menampar kuat lengan Fazlina Arnie.Anaknya kalau bercakap main lepas je. Kalau dengar dek anak terunanya, memang hancurlah harapannya ingin berbesan dengan Puan Suraya.

“Adoiii..apa ni mama.Sakitlah”Fazlina Arnie mengosok-gosok lengannya yang baru sahaja di tampar mamanya.

“Tak ada insurans lagi mulut tu.Dah­­-dah pergi panggil papa dan abang Azrie,”gesa Datin Zahliah kepada anak gadisnya. Makin lama berborak,makin mengarut pula soalan anaknya itu.

Fazlina Arnie akhirnya melangkah pergi dengan muncung sedepa.Datin Zahliah hanya mampu menggeleng kepala melihat keletah anaknya. Perangai tak berubah-ubah.

1 comment:

  1. best...kes kena kawin ngan pilihan parents lh ne!suke n menarik gak...

    ReplyDelete