Sunday 16 December 2012

+CiNtA 2 hAtI:3:(edited)


S
eri Afida Atasya menekan loceng pintu rumahnya beberapa kali. Ini semua gara-gara tertinggal kunci pendua di rumah sewanya. Dia baru perasan kunci rumahnya tertinggal apabila sudah melalui separuh perjalanan. Nak patah balik memang tidaklah!

Pintu besar kayu itu terbuka apabila kali kelima dia menekan loceng.Seri Afida Atasya segera memeluk Puan Suraya apabila wajah ibunya itu terjengul di sebalik muka pintu.

“Rindunya Fida dengan ibu,”ucap Seri Afida Atasya sambil mencium kedua-dua belah pipi Puan Suraya.

“Ibu pun rindu jugak dekat anak ibu yang sorang ni.Kenapa tak terus masuk je?,”soal Puan Suraya. Biasanya anaknya itu tidak akan menekan loceng jika mahu masuk ke dalam rumah.

“Fida tertinggal kunci dekat rumah sewa,”jawabnya perlahan.Bimbang ibunya itu akan memulakan sesi ceramah free pada tengahari ini.

Puan Suraya hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap cuai anaknya itu. Dari besar sampai kecik.Tak pernah hilang sikap cuai itu.

“Ayah mana,bu?”soal Sei Afida Atasya sebelum ibunya itu membebel.Hi..hi.. memang anak mithali.

“Ayah kamu pergi kerjalah.Jom masuk dulu.”

Seri Afida Atasya dan Puan Suraya berjalan seiringan menuju ke ruang tamu. Seri Afida Atasya duduk menyandar di atas kerusi antik yang diletakkan di ruang tamu utama.Mata di pejamkan sebentar untuk melepaskan penat.

“Ada hal penting ke ibu suruh Fida balik?”soal Seri Afida Atasya kepada ibunya. 

“Malam nanti ibu dan ayah beritahu.” Puan Suraya masih lagi mahu berahsia.

“Alaaa…beritahu sekarang lah ibu,”rengek Seri Afida Atasya yang sudah beralih tempat di sebelah ibunya. Lengan Puan Suraya di pegang erat.

“Malam nantilah ibu beritahu. Tunggu ayah ada sekali,”pujuk Puan Suraya sambil mengusap lembut rambut anaknya.

“Erm..yalah..”gumam Seri Afida Atasya.

Puan Suraya menarik nafas lega. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin berterus-terang dengan anak perempuannya tentang perancangan yang telah di atur dengan keluarga Datin Zahliah.

“Fida pergilah naik rehat dekat atas dulu,”arah Puan Suraya apabila melihat anak gadisnya itu hampir terlelap.

Sri Afida Atasya sekadar mengangguk kepala. Memang badannya terasa letih sangat. Bayangan katil sudah terbayang-bayang di ruangan matanya.

“Jangan lupa mandi dan solat Zuhur dulu,”pesan Puan Suraya apabila anaknya sudah separuh jalan.

“Baik bu,”balas Seri Afida Atasya,lemah.

Puan Suraya menggeleng kepala melihat kelakuan anaknya. Langkah terus dia atur ke dapur untuk meneruskan kerja yang tergendala sebentar tadi.

SERI AFIDA ATASYA tergelak sorang-sorang menonton kartun Tom and Jerry yang sedang di siarkan di saluran Disney. Puan Suraya dan Encik Ismail juga turut duduk bersantai di ruang tamu itu setelah selesai menikmati hidangan makan malam.

“Fida, ibu dan ayah ada benda nak cakap sikit,”ujar Puan Suraya kepada anak gadisnya yang masih leka menonton rancangan kartun yang diminati ramai itu.

“Ada apa ibu?”soal Seri Afida Atasya yang masih memandang televisyen dihadapannya. Sambil itu mulutnya masih sibuk mengunyah makanan ringan sebagai pencuci mulut.

“Sebenarnya ibu dan ayah nak jodohkan kamu dengan anak Uncle Kamaruddin dan Aunty Zahliah,”jawab Puan Suraya teragak-agak.Bimbang melihat reaksi anaknya.

Seri Afida Atasya terus berhenti mengunyah. Puan Suraya dan Encik Ismail memandang anaknya yang tiba-tiba menjadi patung. Selang beberapa saat, tercetus ketawa kecil daripada mulut anak perempuannya itu.

“Ibu dan ayah janganlah bergurau macam ni.Dah lapuk carat u,”ujar Seri Afida Atasya dengan ketawa yang bersisa.

Puan Suraya memandang pelik anaknya.Apa kenalah dengan anak gadisnya itu. Dia cakap betul-betul, di katanya sebagai gurauan.

“Fida,ibu dan ayah tengah serius. Kami tak bergurau,”kata Encik Ismail apabila anaknya itu masih lagi ketawa kecil.

‘Hah??Serius??Kahwin??Adoiiii..macam mana ni,’Sri Afida Atasya bermonolog sendiri.

Seri Afida Atasya mengadap kedua-dua orang tuanya. Memang muka oaring tuanya tidak main-main.Memang ‘kena’ dia kali ni.

“Ibu…. Fida kan masih belajar lagi. Kenapa tiba-tiba nak suruh kahwin pulak,” rungutnya dengan muncung sedepa.

“Apa salahnya.Orang lain elok je kahwin walaupun tengah belajar. Ibu dan ayah buat semua ini untuk kebaikan masa depan Fida jugak,” terang Puan Suraya supaya anaknya memahami.

“Tengok dululah ibu. Fida masuk bilik dulu,” pinta Seri Afida Atasya yang sudah bangun dari kerusi. Kartun kegemarannya itu sudah tidak menarik minatnya lagi.

Puan Suraya mengeluh perlahan. “Kamu ni..time ibu cakap hal kahwin kamu mulalah nak mengelak.”

Seri Afida Atasya tersenyum kelat. Fikirannya sangat bercelaru sekarang.

“Biarlah dia naik rehat dulu. Fida pergilah masuk rehat dulu. Ayah nak kamu fikir baik-baik rancangan ayah dan ibu. Kami tak memaksa cuma kami nak kamu tahu kami buat semua ini untuk kebahagiaan kamu.Tak ada ibu bapa yang tak sayang anak sendiri,” terang Encik Ismail panjang lebar setelah lama berdiam diri. Dirinya faham dilemma yang dialami oleh anaknya.

Seri Afida Atasya menganggik lemah. “Fida masuk bilik dulu.”

Dirinya sempat mencium tangan dan kedua-dua belah pipi orang tuanya sebelum melangkah masuk ke kamar. Sekarang ini dia memerlukan masa untuk menimbang baik dan buruk rancangan orang tuanya.




No comments:

Post a Comment