Sunday 20 January 2013

+CiNtA 2 hAtI:5: (edited)


S
uasana di kafe fakulti  riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar. Ada yang sedang mengulangkaji pelajaran dan menjamu selera. Tak kurang juga ada juga pasangan yang bercinta. Salah satu contohnya adalah Fakrul anak Dato Hamdan yang sedang ‘test power’ dengan pelajar perempuan yang berada di situ.

Seri Afida Atasya hanya memerhati sahaja tingkah laku Fakrul yang sedang mengayat pelajar perempuan yang kebanyakkan juniornya. Dirinya sendiri tak tahu bagaimana ingin mengklasifikasikan hubungannya dengan lelaki itu. Ada masa Fakrul akan memperkenalkannya sebagai teman wanita kepada teman-teman mereka. Tetapi apa yang dilakukan Fakrul sekarang ini tidak mengambarkan dirinya buah hati lelaki itu.

“Hai sayang,”tegur Fakrul lalu mengambil tempat berhadapan dengan Seri Afida Atasya.

“Hai,”balas Seri Afida Atasya dengan senyum tawar.

“Kenapa dengan muka you sayang?Muram je.You ada masalah ke?”soal Fakrul. Pada masa yang sama dia sempat lagi bermain mata dengan Amelia. Rakan sekelasnya.

“Tak ada apa-apalah,”balas Seri Afida Atasya selamba. Bukan dia tak perasan apa yang dilakukan Fakrul sekarang ini.

“Ha..I tahu. You mesti cemburukan I berborak dengn perempuan lain tadi kan? Come on sayang. I saja je beramah mesra dengan diorang. You tetap buah hati I yang paling I sayang tau.”

Tu dia!!Dah keluar dah ayat buaya daratnya!!

Seri Afida Atasya sekadar tersenyum hambar. Dirinya sudah muak mendengar alasan yang sama.

“Sayang?”panggil Fakrul sambil cuba memegang tangan Seri Afida Atasya.

Seri Afida Atasya segera mengalihkan tangannya. Dia tak suka Fakrul dengan seenaknya memegang tangannya. Dengan perempuan lain boleh tetapi tidak sama sekali dengannya.

“Sorry…sorry..I tak sengaja,”mohon Fakrul apabila memandang wajah Seri Afida Atasya yang tiba-tiba berubah. Faham sangat dengan prinsip buah hatinya itu. Tak terbuka langsung berbanding dengan perempuan-perempaun yang dia kenal sebelum ini.  

Seri Afida Atasya tersenyum kelat. “It’s ok.Sebenarnya I ada benda nak bincang dengan you.”

“Apa dia?,”soal Fakrul sambil lewa. Mata lelaki itu sempat lagi melilau ke arah lain.
Seri Afida Atasya mengeluh perlahan. Patut ke dia berterus terang dengan keadaan Fakrul yang langsung tidak memberi perhatian dengan perkara yang ingin disampaikan.

“I akan bertunang minggu depan,”ujar Seri Afida Atasya dengan sekali nafas.
Fakrul yang pada mulanya tergamam terus menghamburkan gelak. Seri Afida Atasya memandang pelik ke arah Fakrul yang ketawa macam pesakit mental. Dia bukan buat  lawak sekarang ini.

“Kenapa you gelak?”tanya Seri Afida Atasya dengan nada yang geram. 

“Soo.. Sorry..sorry.. I tak ada niat pun nak ketawakan you sayang tapi you tu yang tiba-tiba buat lawak free,”jawab Fakrul dengan ketawa yang masih bersisa.

“I tak buat lawak Fakrul Dato Hamdan!” Suara kerasnya sudah dikeluarkan bagi membuktikan apa yang dikatakan sekarang ini bukan satu lawak jenaka.

Fakrul langsung tak rasa terkesan dengan suara tegas Seri Afida Atasya. Baginya buah hatinya itu cuma ingin bermain-main dengannya.

“Dah lah tu sayang.I tahu you sengaja cakap macam tu sebab nak balas dendam dekat I sebab I kacau perempuan lain tadi.I dah boleh baca taktik you tu. Tapi serius I kata taktik yang you pakai ni memang lawak.”Sekali lagi Fakrul ketawa besar. Lebih kuat daripada yang pertama tadi.

Seri Afida Atasya memberi jelingan tajam kepada Fakrul yang masih lagi tidak berhenti ketawa. Beberapa pelajar yang berada di situ sudah memandang ke arah mereka. Termasuklah junior-juniornya yang Fakrul kacau tadi.Malu dirinya.

Seri Afida Atasya segera mengambil beg dan buku-bukunya lalu terus bangun meninggalkan Fakrul sendirian di situ. Lagi lama dia berada di situ lagi sakit hatinya mendengar ketawa Fakrul. Memang lelaki itu tak pernah ambil serius dengan semua perkara. Baginya semua perkara adalah satu jenaka. Dia hanya buat tidak tahu apabila mendengar Fakrul melaungkan namanya.

SURIA  mencuit bahu Nini yang sedang khusyuk menonton sinetron Indonesia yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.Nini segera menoleh ke belakang. Suria segera memuncungkan mulutnya ke arah Seri Afida Atasya yang sedang duduk mengelamun. Nini mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu apa yang terjadi dengan kawannya yang sorang tu.

“Fida?”panggil Nini  dengan nada yang sedikit kuat. Kalau panggil macam biasa memang confirm kawannya itu tak dengar. Biasalah orang tengah mengelamun mana dengar kalau ada orang panggil.

“Apa?”Malas sahaja nada suaranya. Memang dia tak ada mood nak bercakap sekarang ini.

“Kau kenapa Fida?Ada masalah ke?Muka macam orang berkabung je,”soal Suria dengan nada berseloroh.

Bukan dia tak perasan sejak dari kelas Puan Farhan lagi wajah kawannya itu murung. Nak beri perhatian dengan apa yang sedang di ajar di depan memang tidak lah. Termenung saja sepanjang kelas dijalankan. Ingatkan bila balik rumah, mood kawannya itu akan jadi baik. Tetapi apa yang di lihat sama sahaja macam petang tadi. Langsung tak ada perubahan.

“Aah..lah Fida.Aku pun perasan.Kalau ada masalah share lah dengan kitaorang?” sampuk Nini pula.

Seri Afida Atasya mengeluh perlahan.”Aku tak apa-apa lah. Penat sikit je. Korang tak payah lah risau.Aku masuk bilik dulu nak rehat.”

Seri Afida Atasya segera mengangkat punggung dari sofa. Langkah di atur ke kamarnya.  Dia masih belum bersedia untuk berkongsi masalah dengan rakan-rakannya. Ini masalahnya sendiri.Dia yakin dapat menyelesaikan sendiri tanpa menyusahkan rakan-rakan yang lain.

Nini dan Suria semakin pelik melihat kelakuan Seri Afida Atasya. Tak pernah-pernah kawannya itu buat perangai pelik macam sekarang ini. Akhirnya mereka berdua fikir lebih baik jangan kacau kawan mereka itu dulu buat masa sekarang.

Seri Afida Atasya menghempaskan badannya di atas katil. Kepalanya sangat berat rasanya memikirkan masalah-masalah yang datang. Baru petang tadi dia menelefon ibunya untuk menyatakan persetujuannya berkahwin dengan anak lelaki Datin Zahliah. Ini mungkin keputusan yang terbaik untuk semua orang. Lebih-lebih lagi terbaik untuk ibu dan ayahnya.

Pasal Fakrul?Lelaki itu sendiri menganggap kata-katanya sebagai gurauan jadi dia tak perlu penat-penat memikir kerana Fakrul sendiri tak pernah peduli dengan semua itu. Biasalah anak orang kaya. Hilang satu, beribu-ribu menanti.

Penat berguling-guling sambil memikirkan masalah, dia sendiri tidak menyedari pukul berapa matanya terlelap dengan sendirinya. Hilang rasanya masalah di kepala. Hanya untuk sementara.


p/s:sheira tak tahu sampai bila nk smbung citer ni.Ada masa rasa nak brhenti sampai sini saje n tutup je blog ni.Masih dalam memikir...

5 comments:

  1. nape plak dek sampai nk tutup blog u???usah lh dek...amat menarik novel u nih,n nape plak nk henti kn cam tu jer...sambung lh dek tk sabar akk nk tahu ape reaksi fakhrul bile tau seri afida atasya akan bertunang...sanbung yer dek akk setia jer menunggu dek..pape pn mmg best crite u dek...pleaseeeeee akk nk ggggg dekkkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak norihan kerna masih setia bca novel ni.. semuanya masih dlm prancangan sma ada ngin tutp atau truskan.. tq atas nasihat akak. In Syaa Allah sy akan cuba sambng secept mungkin..

      Delete
  2. salam ..cerite ni basttt..smbung g ok..tak sabar nak tahu yang seterusnya..

    ReplyDelete
  3. salam..citer ni bast la..smbung lagi..nak tahu jugak kesudahan dy ap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ina.. sy akan cuba sambng secepat mgkn..

      Delete