Wednesday 22 May 2013

+CiNtA 2 hAtI:6: (edited)




M
ajlis pertunangan Seri Afida Atasya berlangsung dengan meriah di kediaman orang tuanya. Rombongan pihak lelaki akan sampai pada pukul 10 pagi nanti sesuai seperti apa yang telah di rancangkan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Seri Afida Atasya duduk perlahan di atas katil yang telah di hiasi indah dengan cadar bewarna biru cair. Di tepi sudut katil dihiasi pula dengan pasu besar berisi beberapa kuntum bunga ros beraneka warna. 

“Hei?Berangan apa anak dara ni?”tegur Suzanna kepada adik sepupunya itu. Adik sepupunya itu nampak manis dengan baju kurung lace berwarna firus. Wajahnya pula nampak jelita walaupun hanya mengenakan solekan nipis. Maklumlah orang memang semulajadi cantik.

“Akak rasa betul ke keputusan Fida?”soal Seri Afida Atasya lalu memandang kakak sepupunya itu. Kadang-kadang dia sendiri ragu dengan keputusan yang di ambil. 

Manakah tidak, kawan-kawannya sendiri pun tidak mengetahui majlis pertunangannya yang berlangsung pada hari ini.

Suzanna mengeluh perlahan.”Entah Fida. Susah akak nak cakap.Kau bukan macam akak yang mampu membangkang kehendak orang tua sendiri kerana mengikut kata hati. Terus terang akak katakan kau masih terlalu lurus untuk menilai apa keputusan yang perlu kau ambik.”

“Fida buat semua ini untuk ibu dan ayah,”kata Seri Afida Atasya perlahan tanpa memandang Suzanna.

“Walaupun diri kau sendiri tidak bahagia?”bidas Suzanna tegas.

Seri Afida Atasya hanya mendiamkan diri. Tiada jawapan untuk solan itu. 

Suzanna mengambil tempat bersebelahan Seri Afida Atasya. Bahu adik sepupunya itu di usap perlahan. Dia sendiri tahu yang gadis ini masih mentah untuk membuat sesuatu keputusan.

“Kita hidup di dunia ini mesti ada pendirian. Setiap keputusan yang diambil perlu mengikut kata hati sendiri bukan kerana mengikut apa yang orang kata. Bukan senang nak gembirakan hati semua orang. Bukan senang,dik.”Nasihat Suzanna dengan lembut. Penuh dengan makna yang tersirat.

“Kenapa Fida tak berterus terang dengan ibu dan ayah pasal Fakrul?”soal Suzanna lagi. Hairan dengan adik sepupunya itu. Bercinta hampir tiga tahun tetapi tiada berkesudahan.

“Fida bukan tak nak berterus terang tapi Fida sendiri tak yakin dengan hubungan kami akak,”jawab Seri Afida Atasya. Macam mana dia perlu yakinkan ibu dan ayahnya padahal dalam masa yang sama dirinya sendiri tak yakin dengan Fakrul.

“Akak tak tahu nak kata apa Fida.Majlis pun sudah di adakan.Nak patah balik pun tak guna.Akak cuma boleh berdoa semoga kau bahagia.In Shaa Allah pilihan ibu dan ayah adalah terbaik.”

Suzanna memeluk adik sepupunya.Erat.

“Terima kasih akak,”ucap Seri Afida Atasya dengan nada sebak.

Beberapa minit kemudian, Puan Suraya bersama keluarga rombongan pihak lelaki melangkah masuk ke kamar Seri Afida Atasya.Senyuman manis di hadiahkan apabila Datin Zahliah memandang dirinya.

“Cantik Fida hari ini,”puji Datin Zahliah.Rasa bertuah kerana anak bujangnya mendapat bakal isterinya yang sempurna seperti gadis di depannya ini.

Datin Zahliah mengambil cincin emas putih yang di hulurkan kepadanya.Cincin itu segera di sarungka ke jari manis Seri Afida Atasya sebagai tanda diri gadis itu sudah bergelar tunangan anak lelakinya.Kedua-dua belah pipi dan dahi gadis itu di cium.

Cahaya lense kamera tidak putus-putus merakamkan wajah jelita Seri Afida Atasya  sepanjang majlis berlangsung. Senyuman cuba dilemparkan walaupun jauh di sudut hati masih ada rasa ragu-ragu.

Seri Afida Atasya menilik cincin yang tersarung cantik di jari manisnya. Cincin yang di sarung oleh bakal mak mertuanya pada pagi tadi. Dia sendiri tidak tahu perasaannya pada waktu sekarang. Gembira,keliru, dan sedih bercampu-campur menjadi satu.

“Fida?”

Seri Afida Atasya memandang ke arah ibunya yang sudah berdiri di depan pintu biliknya yang terbuka luas. Dia sendiri tidak menyedari sejak bila ibunya berada di situ.

“Sudah siap ke kemas barang?”soal Puan Suraya kepada anak perempuannya. Punggung dilabuhkan di atas katil. Di sisi anaknya.

“Sikit lagi ibu.Ayah mana?”Seri Afida Atasya bertanyakan ayahnya. Sejak daripada tadi lagi dia tidak melihat bayangan ayahnya. Seharian sibuk melayan tetamu yang hadir.

“Ada dekat luar rumah.Berborak  dengan Pak Long. Lama tak jumpa pak long kamu tu.Jadi banyak lah ceritanya,”jawab Puan Suraya.

Seri Afida Atasya sekadar tersenyum manis mendengar jawapan ibunya.

“Kenapa tak balik lusa sahaja? Cuti kan tinggal dua hari lagi.”Berat hati tuanya melepaskan anak perempuannya. Rindu juga belum dilepaskan. Gara-gara sibuk dengan persiapan majlis pertunangan ini, sampai diri sendiri belum sempat memanjakan anaknya.

Seri Afida Atasya memeluk tubuh Puan Suraya. Kepala di lentok manja di bahu ibunya itu.

“Fida hendak sangat sambung cuti ibu .Tapi Fida banyak lagi kerja dan assignment yang belum selesai.”

“Itu sajalah alasan kamu. Kalau cuti bukan reti nak balik rumah. Kalau tak di pesan atau di suruh jangan haraplah kamu nak balik rumah,”bebel Puan Suraya kepada anak gadisnya itu. 

Seri Afida Atasya ketawa kecil mendengar rungutan ibunya. Memang salah dirinya juga. Mesti ibunya bosan duduk di rumah seorang diri. Mujurlah ada Mak Som yang ada menemani ibunya sepanjang dia berjauhan dengan keluarga. 

“Ibu janganlah cakap macam tu. Lepas ni Fida janji akan balik rumah setiap minggu. Fida akan teman ibu tanam pokok, shopping, masak dan semua aktiviti yang ibu suka buat,”pujuk Seri Afida Atasya manja.

“Iyalah tu.Kalau kamu tak balik, ibu sendiri akan pergi rumah sewa kamu,”ugut Puan Suraya dengan nada gurauan.

Seri Afida Atasya tersengih mendengar ugutan daripada ibunya. Dia tahu yang ibunya itu sekadar bergurau sahaja.

“Ibu nak tanya kamu sikit boleh?”

Seri Afida sekadar mengangguk perlahan tanpa mengangkat kepala yang masih bersandar pada bahu ibunya.Puan Suraya mencapai tangan kanan Seri Afida Atasya. Tangan anaknya itu di genggam lembut.

“Fida ikhlas ke terima Fazrie sebagai bakal suami?”tanya Puan Suraya berhati-hati. 

Terdiam Seri Afida Atasya mendengar soalan daripada ibunya. Kepalanya masih berada di tempat yang sama. Tiada tanda-tanda untuk beralih.

“Ibu suka kalau Fazrie jadi menantu dalam keluarga kita?”soal Seri Afida Atasya perlahan. Tanpa menjawab soalan ibunya tadi.

Puan Suraya mengusap lembut rambut anaknya. “Ibu pilih dia bukan sebab ibu suka semata-mata. Apatah lagi sebab Fazrie anak Aunty Zahliah.  Ibu dan ayah pilih dia sebab kami yakin dia mampu jaga kamu. Sama seperti ibu dan ayah jaga kamu selama ini. Tapi ibu tak nak kamu rasa terpaksa menerima Fazrie sebab permintaan ibu dan ayah.”

Seri Afida Atasya memeluk erat tubuh ibunya. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Kenapa dia tidak pernah memikirkan alasan di sebalik perjodohan yang telah di atur oleh kedua orang tuanya. Hatinya kini menjadi lebih terbuka untuk redha dengan keputusan yang telah di ambil. Dia yakin ibu dan ayahnya melakukan semua ini demi masa depannya. Dia yakin pilihan orang tuanya tidak akan salah.

“Fida sanggup lakukan apa sahaja untuk ibu dan ayah. Kalau ibu dan ayah gembira, Fida akan seribu kali bahagia,”ujar Seri Afida Atasya dengan nada sebak lalu mencium pipi Puan Suraya.

Puan Suraya mencium kembali kedua-dua belah pipi anaknya. Seri Afida Atasya kembali merebahkan kepala pada bahu ibunya. Dia tidak akan sesekali mempersoalkan lagi apa yang dilakukan oleh ibu dan ayahnya. Malah rasa penyesalan tidak akan timbul lagi dalam hatinya. Tidak sesekali.

p/s:mood menulis sudah kembali..komen anda semua amat diperlukan bagi memperbaiki diri ini.

3 comments: