Friday 28 June 2013

+CiNtA 2 hAtI:8: (edited)

Datin Zahliah dan Dato Kamaruddin memandang anak terunanya yang baru keluar daripada kereta. Anaknya itu kelihatan santai dengan berseluar jean dan T-shirt berwarna merah.

“Fazrie,mari minum petang dulu,”pelawa Datin Zahliah.

Fazrie Affendi segera mengatur langkah ke gazebo yang terletak di halaman rumah. Tangan dan pipi orang tuanya di cium terlebih dahulu sebelum mengambil tempat bersebelahan papanya.

“Kamu ni daripada mana?”soal Datin Zahliah. 

“Tak ke mana pun mama. Pergi minum je dengan Khairil,”jawab Fazrie Affendi sambil menghirup air bagi menghilangkan dahaga. Matanya masih sempat mencari kelibat seseorang.

“Lina mana mama?Tak nampak pun batang hidung dia.”Biasanya adiknya itu selalu ada untuk menikmati minum petang.

“Biasalah hari minggu. Mana pernah lekat dekat rumah anak dara yang seorang tu. Merayau je kerjanya. Mama baru nak mintak tolong kemaskan stor kat belakang tu. Tak sampai lima minit mama tinggal dia, alih-alih dah lesap,”rungut Datin Zahliah. Geram dengan anak bongsunya itu. 

“Awak ni pun satu.Macamlah tak kenal perangai anak awak tu. Bukan dia suka buat kerja-kerja perempuan ni. Kalau awak suruh dia sepahkan stor tu, yang tu saya percaya. Awak tak payah suruh pun. Dengan rela hati dia offer diri,”ujar Dato Kamaruddin dengan nada berseloroh.

Terhambur ketawa Fazrie Affendi mendengar gurauan papanya itu. Ingin sahaja dia mengiyakan pendapat papanya itu. Tetapi hasratnya itu segera dimatikan apabila melihat wajah mamanya yang sudah bertukar menjadi mak tiri dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah.

“Hubungan kamu dengan Afida macam mana?”soal Dato Kamaruddin sebelum isterinya itu mula membebel. Isterinya itu boleh tahan jugak kalau sudah mula buka mulut. Sampai ke esok pun tak habis.

“Alhamdulillah papa. Kami masih cuba mengenali dan menyesuaikan diri masing-masing.”

Lega hati tua mereka mendengar jawapan daripada anaknya. Dato Kamaruddin sempat juga melihat anak lelakinya itu berbual mesra dengan Afida sewaktu majlis pertunangan yang berlangsung minggu lepas.

“Baguslah kalau macam tu. Kamu ada telefon dia?”Tanya Datin Zahliah pula.

“Ada mama.Azrie ingat nak ajak dia keluar tapi tengok keadaanlah dulu. Takut menganggu pelajaran dia.”

“Kalau cadangan tu mama sokong sepenuhnya. Kamu tu asyik berjalan dengan Khairil je. Sekali-sekala keluar lah dengan tunang sendiri. Senang-senang kamu ajak Afida datang makan malam kat rumah kita. Dia pun belum pernah sampai ke sini,” cadang Datin Zahliah.

Dato Kamaruddin mengangguk kepala tanda bersetuju dengan cadangan bernas isterinya itu.

“In Shaa Allah mama. Nanti Azrie tanya Afida.”

Dato Kamaruddin meneruskan perbualan dengan bertanyakan hal pejabat kepada anak lelakinya itu. Maklumlah, dia sendiri sudah lama tak menjejakkan kaki ke syarikat. Bukan tidak mahu jejakkan kaki ke situ tetapi dilarang keras oleh isteri tercinta.

“Assalamualaikum……………”

Terdengar suara orang memberi salam dengan nada yang panjang. Mereka bertiga   menjawab salam yang di beri dengan serentak. Dato Kamaruddin menggeleng kepala melihat anak perempuannya yang baru nampak batang hidung. Itupun apabila senja sudah hampir melabuh tirai.

Fazlina Arnie segera memeluk abangnya daripada belakang sebaik sahaja sampai ke gazebo yang menempatkan orang tuanya serta abang kesayangannya itu.

“Baju kamu tu kenapa pulak Lina?Basah kuyup mama tengok. Kamu pergi main air dekat mana?”soal Datin Zahliah laju. Nak katakan hujan, rasanya tak ada pula. Elok sahaja cuaca hari ini. Pada mulanya dia tidak perasan keadaan anak bongsunya  yang basah kuyup tetapi apabila melihat dari jarak dekat barulah dirinya perasan. 

“Alaa..mama ni.Tak sporting la.Tengok abang Azrie. Relax je bila Lina peluk dia dalam keadaan basah macam ni,”rungut Fazlina Arnie disambut dengan anggukan daripada abangnya.

“Mama kan cuma tanya kenapa baju kamu basah. Bukan mama marah kamu,” balas Datin Zahliah.Bukan boleh di tegur sangat anaknya itu. Silap hari bulan sampai boleh merajuk. Nampak je brutal tapi hati tu mudah sangat terasa.

Fazlina Arnie tersengih panjang sehingga menampakkan giginya yang tersusun cantik.

“Bukan Lina sengaja pun mama.Si tenuk yang siram air paip dekat Lina tadi.”

“Si tenuk mana pula ni?”Tanya Dato Kamaruddin,aneh.

“Kalau papa nak tahu tenuk tu nama manja anak lelaki Dato Syukri, Si Zafran tu. Anak kesayangan papa dan mama ni yang pandai-pandai bagi nama glamor tu,”jawab Fazrie Affendi sebelum adiknya itu sempat membuka mulut.

Mengucap panjang Datin Zahliah usai sahaja mendengar cerita ringkas daripada anak lelakinya.Lengan kiri Fazlina Arni segera di tampar.Kuat. Berdesing bunyinya.

“Adoiiii......Apa ni mama?Sakitlah,”adu Fazlina Arnie.Digosok-gosoknya lengan kirinya perlahan. Mesti merah ni.

“Kamu tanya kenapa?Mama patut tanya kamu soalan itu. Kenapa kamu pandai-pandai gelarkan Zafran macam tu?”Macam-macamlah perangai anaknya ini. Boleh sakit jantung di buatnya. Apa pula kata Datin Intan dan Dato Syukri apabila dapat tahu anak gadisnya ini panggil anak lelaki mereka dengan nama ‘manja’ sebegitu.

“Kalau mama nak tahu perangai dia tu sebijik dengan tenuk. Tak habis-habis masuk campur hal orang lain. Lagipun muka dia pun ada iras-iras tenuk,”jawab Fazlina Arnie dengan selamba badaknya tanpa menghiraukan amarah mamanya.

“Ya Allah..Mulut kamu memang tak ada insurans. Suka-suka hati kamu samakan manusia dengan haiwan,”bebel Datin Zahliah. Lengan anaknya itu ingin di tampar sekali lagi.

Fazlina Arnie segera berlari berlindung di balakang papanya sebelum tangan berbisa mamanya singgah lagi di badannya. Rasa sakit yang tadi pun belum hilang lagi. Inikan pulak nak tambah sekali lagi.

“Sudahlah tu mamanya.Si Fazlina bergurau je tu.”Dato Kamaruddin segera meleraikan pergaduhan manja dua beranak itu.

“Abang memang macam tu.Bukan nak nasihatkan budak tu tapi menyokong pulak,”rungut Datin Zahliah lagi. Suaminya itu terlampau memanjakan sangat anak bongsu mereka.

“Saya bukan menyokong tapi memang perangai Lina macam ni. Saya nak buat macam mana lagi,”bela Dato Kamaruddin di sambut dengan ketawa kecil daripada Fazlina Arnie dan Fazrie Affendi.

“Betul kata papa tu mama,”sokong Fazrie Affendi sambil memeluk lengan Datin Zahliah. Taktik untuk menghilangkan rasa marah.

“Anak dan bapak sama je.”

Ketiga-tiga beranak itu hanya ketawa melihat gelagat Datin Zahliah yang merajuk manja.Fazrie Affendi memeluk bahu mamanya itu erat. Datin Zahliah tersenyum kecil dengan pujukkan anak lelakinya. Begitu hebatnya Tuhan mencipta hubungan ibu dan anak. Tidak perlu berkata apa-apa. Memadai dengan pelukkan kasih sayang.

2 comments: