Saturday 29 June 2013

+CiNtA 2 hAtI:9: (edited)



F
akrul menghampiri Seri Afida Atasya yang sedang khusyuk mengadakan perbincangan di perpustakaan bersama teman sekelasnya. Langkah di ayun secepat mungkin. Dia mengharapkan perjelasan yang jelas dengan apa yang berlaku hari ini. Manakah tidak, semua kawan-kawannya sibuk memperkatakan tentang majlis perkahwinan kekasihnya itu. Padahal dia sendiri tidak tahu menahu tentang perkara ini.

“I nak bincang sesuatu dengan you,”kata Fakrul sebaik sahaja sampai di meja tempat duduk buah hatinya itu.

Seri Afida Atasya terkejut melihat Fakrul yang sudah berdiri di tepi meja. Riak mukanya di kawal sebaik mungkin.

“I nak bincang sesuatu dengan you,”kata Fakrul sekali lagi dengan nada tegas.

Seri Afida Atasya memandang kawan-kawannya yang sedang menumpukan perhatian ke arah mereka berdua. Dia segera meminta diri sebentar untuk menyelesaikan masalahnya dengan Fakrul. Dia tidak mahu Fakrul menimbulkan kekecohon di sini. Nanti dirinya juga akan mendapat malu.

“Kita bincang di luar.”

Seri Afida Atasya segera bergerak keluar dari perpustakaan. Fakrul mengekori langkah kekasihnya itu tanpa banyak soal. 

“You nak bincang apa dengan I?”tanya Seri Afida Atasya sebaik sahaja berada di luar perpustakaan. Dia mengambil tempat duduk di meja kosong yang disediakan di situ.

“I nak you terangkan semuanya! Pasal pertunangan you tu!Pasal perkahwinan mengarut you tu dan pasal semua hal bodoh yang I dengar hari ini!”sembur Fakrul dengan tegas.Memang jelas lelaki sedang menahan kemarahan. 

Seri Afida Atasya memandang Fakrul sinis.

“ You nak suruh I explain apa lagi?You sendiri sudah tahu dengan jelas pasal perkara ini,”balas Seri Afida Atasya selamba. Sengaja menambah sakit hati Fakrul.

Makin berangin Fakrul mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Seri Afida Atasya. Matanya menikam tajam wajah wanita di depannya itu.

“How could you do this to me?You tahu tak selama I sayangkan you?! Sampai hati you mainkan perasaan I.”Dia sendiri tidak menyangka wanita yang dia sayang sanggup berpaling kepada lelaki lain.

“Sayang?You kata you sayangkan I tapi you main mata dengan perempuan lain depan I sendiri!Tengoklah apa yang you buat sekarang. Sejak dua minggu lepas lagi you tak peduli dan tak sibuk cari I. Tapi bila you dapat tahu hal ini baru you tahu cari I,”luah Seri Afida Atasya.Sinis. 

“You jangan nak putar belitkan kenyataan Fida.You jangan nak salahkan I padahal you sendiri yang tak jujur dengan hubungan kita.You yang tak berterus terang dengan I pasal perkara ini.”Penjelasan yang di berikan kepadanya belum mampu menyejukkan hatinya malah hatinya makin bertambah panas.

Ego!Inilah yang mampu Seri Afida Atasya katakan tentang sikap Fakrul pada waktu sekarang. Masih belum mengakui kesalahan sendiri walaupun kenyataan sudah jelas di depan mata.

“I told you two weeks ago.I harap you masih belum hilang ingatan lagi. I sendiri yang beritahu you yang I akan bertunang.Tapi apa reaksi you?You gelakkan I,” ungkit Seri Afida Atasya lagi.Dia tidak akan sekali-kali beralah dengan Fakrul.

“I thought you were kidding. I thought it was a joke.”Fakrul tidak menyangka Seri Afida Atasya serius dengan apa yang di perkatakan dua minggu lepas.

“Apa yang I katakan you anggap sebagai satu gurauan!You tak pernah serius dengan hubungan kita tapi you salahkan I!Semua perkara bagi you adalah lawak jenaka! Semua perkara you selalu ambil mudah sampai I sendiri dah muak dengan sikap you tu!”Akhirnya terluah juga semua perkara yang di pendam selama ini.

“Kenapa you tak beritahu parents you pasal hubungan kita?”soal Fakrul lagi tanpa menghiraukan luahan hati Seri Afida Atasya.

“Untuk apa I beritahu parents I?Untuk mengecewakan mereka?Macam tu maksud you?”Pertanyaan Fakrul di balas dengan pertanyaan.

“What do you mean?”Dirinya tidak mengerti apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh teman wanitanya itu. Kecewa?Untuk apa?

“Sepanjang kita kenal sudah berapa kali I ajak you jumpa parents I. Tapi seribu satu alasan yang you bagi kat I. Jangankan  nak kenal dengan family I, nak bawak I jumpa family you pun susah,”sindir Seri Afida Atasya.

Fakrul terdiam.Memang dia sendiri akui itu semua salah dia. Kalaulah dia tahu perkara sebegini akan berlaku, pasti dia akan bertemu dengan orang tua Seri Afida Atasya dengan lebih awal.

“Sudahlah Fakrul.I malas nak bertekak dengan you pasal masalah ini. Anggap je lah semua yang berlaku antara kita adalah satu takdir. I tak minta jadi macam ni tapi I terpaksa buat pilihan. I harap you dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. I doakan you akan bertemu dengan perempuan yang lebih baik daripada I.I pergi dulu.Banyak kerja yang harus I selesaikan.”

Seri Afida Atasya terus melangkah pergi meninggalkan Fakrul bersendirian di situ. Tiada apa yang harus di perkatakan lagi. Memang sudah tersurat jodohnya bukan bersama dengan Fakrul.Dia terima semua itu.




SURIA memandang ke arah Seri Afida Atasya yang sedang memandu.Sejak mula masuk dalam kereta lagi, sahabatnya itu langsung tidak mengeluarkan suara.

“Fakrul ada cari kau?”soal Suria yang masih memandang wajah Seri Afida Atasya itu.

“Ada pagi tadi,”jawabnya ringkas.

“Dia tanya kau pasal pertunangan kau tu ke?”tanya Nini pula yang duduk di kerusi penumpang di belakang.

Seri Afida Atasya sekadar mengangguk. Dia tiada mood untuk berbahas pasal perkara ini berulang kali.

“Kau tak rasa ke gurauan kau ni keterlaluan?”Berhati-hati Suria bertanya. Nanti tak pasal-pasal kawannya itu mengamuk. Bukan dia tidak kenal dengan perangai Seri Afida Atasya.Dalam lembutnya,terselit juga ketegasan.

“Gurauan?Apa maksud kau?”Pertanyaan Suria di jawab dengan pertanyaan.

Nini menarik nafas dalam.” Aku tahu kau ambil keputusan sebab kau nak balas dendam kan?”

“Dari mana kau dapat cerita ni?”soal Seri Afida Atasya tegas.

“Fakrul yang beritahu kita orang,”Laju Suraya menjawab.

“Fakrul?”Terkejut dirinya dengan jawapan yang di beri Nini. Apa maksud lelaki itu sampai menabur fitnah kepadanya.

“Bila kau orang berdua jumpa dia?”

“Sebelum kau datang tadi. Dia ada berjumpa dengan aku dan Suraya. Dia kata kau ambil keputusan nak berkahwin sebab kau nak balas dendam,”beritahu Nini pula.

“Balas dendam?Dendam apa?”Pantas Seri Afida Atasya bertanya kepada Nini.

Semua cerita fitnah itu membuatkan suasana di dalam kereta bertambah panas walaupun penghawa dingin sedia terpasang.Di tambah pula dengan kesesakan lalu lintas waktu petang sebegini. Memang menguji kesabarannya.

“Kita orang sendiri tak faham maksud dia. Dia cuma kata kau nak balas dendam sebab masalah korang hadapi  sebelum kau bertunang.”Suria bersuara perlahan.

“Masalah apa yang Fakrul maksudkan Fida?”Belum selesai dirinya memberi penjelasan  Nini terlebih dulu menyampuk.

‘Masalah sebelum bertunang?Masalah apa?Setahu aku cuma timbul satu masalah bila Fakrul tidak mempercayai semua kata-kata aku.Tapi apa maksud dia aku nak balas dendam?’desis Seri Afida Atasya dalam hati.

“Kau orang boleh tak kita tak payah cakap pasal hal ini lagi,”pinta Seri Afida Atasya perlahan.

“Kenapa?Apa yang Fakrul beritahu kita orang tu betullah?Sebab tu kau tak nak berterus-terang,”provok Nini.

“Bukan macam tu!”jerit Seri Afida Atasya. Bergema kereta dengan jeritannya.

Terdiam Nini dan Suria. Kali pertama mereka melihat keadaan Seri Afida Atasya yang sebegini.Selama ini sahabatnya itu tak pernah meninggikan suara walaupun sedikit kepada mereka.

“Sorry.Aku tak sengaja.”Seri Afida Atasya segera memohon maaf apabila melihat muka Nini dan Suria berubah. Bukan niatnya untuk menaikkan suara tapi kesabarannya betul-betul sudah hilang.

“Aku tak nak bincang pasal hal ini bukan sebab aku nak mengelakkan diri cuma aku tak nak timbul banyak masalah.Aku cukup pening dengan semua masalah ini. Aku nak kau orang tahu apa yang Fakrul katakan sama sekali tak betul.Aku ambil keputusan ini bukan sebab dia.Jauh sekali nak balas dendam.Aku harap kau orang boleh faham situasi aku.Aku penat dengan semua ini.Betul-betul penat.”Seri Afida Atasya cuba meminta sedikit pengertian daripada kedua-dua sahabat baiknya itu. Dia sangat tertekan dengan keadaan sebegini.

“Kita orang minta maaf sebab terlampau mendesak kau,”pohon Nini. Perasaan serba salah sudah menghantui dalam dirinya.

“Kita orang tak tahu kau tanggung derita macam ni sekali.Kita orang tak ada niat nak tambahkan lagi masalah kau,Fida,”tambah Suraya pula.

“It’s ok. Aku pun nak minta maaf sebab melibatkan kau orang dalam masalah aku. Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Aku harap kau orang dapat terima keputusan aku. Aku berharap sangat.”Bagi dirinya, sahabat-sahabatnya ini merupakan sumber kekuatan untuk dia terus melangkah walaupun dirinya sendiri belum tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.

“Kau tak payah risau. Apa pun yang terjadi kitaorang semua tetap akan bersama kau,”ujar Nini di sambut dengan anggukan yakin daripada Suraya.

Seri Afida Atasya melemparkan senyuman manis sebagai tanda ucapan terima kasih.




p/s:terasa mcm cept pulk post entry minggu ni..apa2 pun enjoy uolls...

2 comments:

  1. Afida betul2 nak kahwin dgn orang lain ke? Fakhrul tu teruk ek? Hahaha... baru je baca citer ni. x paham la pulak. nampak gaya kena start dari awal la ni... huhu... btw, nice story. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sb sudi drop komen..
      Mesti bca daripda awal supaya dapat tau kenapa Afida nak kawin dgn org lain..hehehe..
      Selamat membaca...

      Delete