Thursday, 27 June 2013

+SeInDaH pElAnGi:1:+



“D
elisha Rania….!!!”satu suara halilintar menjerit di tepi telinga aku.Rasa nak pecah je gegendang telinga aku dengar suara yang mengalahkan  King Kong mengamuk.Tapi King Kong mengamuk ada keluar  suara ke?Entahlah..aku pun tak tahu.

“Kau ni tak boleh ke slowkan sikit volume suara kau?Panggil aku macam aku duduk beribu batu,”tegur aku kepada Affina,kawan baik aku  sejak  sekolah tadika lagi.Dimana ada aku di situlah ada Affina.Sampai semua cikgu kitaorang beri gelaran  nama “kembar siang” sebab kami hanya melekat bila waktu siang je.Bila waktu malam kitaorang berpisah sementara.

Affina tersengih macam kerang busuk.”Sorrylah Rania.Aku tak sempat nak control suara aku tadi.Maklumlah terlebih excited.”

“Excited?Kenapa pak cik guard kat depan tu lamar kau jadi bini no dua dia ke?”teka aku cuba berjenaka.Macamlah aku tak tahu yang pak cik guard yang jaga pagar tu selalu ushar Affina.Siap nak belanja makan pagi lagi.

“Ish..kau  ni. Ada pulak kata macam tu.Simpang mailakat 44 tak hingin aku dengan pak cik yang tua bangka tu.Tapi kalau abang yang jaga kantin tu boleh lah.”Affina membayangkan wajah abang kantin yang  membuatnya jatuh cinta buat kali pertama.

“Eh..eh..dah-dah lah  berangan cik kak oi.Dah macam pesakit  Hospital Tajung Rambutan dah aku tengok kau ni.Erm..apa cerita yang buat kau excited sangat tadi?”soal aku kembali.Manakah tidak cara dia panggil aku macam orang  menang loteri je.

“‘Oh ya..lupa pulak aku.Tunggu sekejap erk…”Aku melihat Affina  meraba kocek baju kurung sekolahnya. Mungkin mencari sesuatu kot.

“Ha…ni dia,”jerit Affina .Aku melihat Affina memegang sepucuk surat yang berwarna pink muda.Siap bau wangi lagi surat tu.

“Surat apa pulak ni?”soal aku bila Affina menghulurkan surat yang comel lote kepada aku.Bibirnya tak habis-habis tersenyum dari tadi.Seram sejuk pun ada aku tengok kawan aku yang sorang ni.

“Kau bacalah isi dalam surat tu dulu.Cepatlah baca…,”gesa Affina.Surat yang berada di tangan aku di rampas kembali  lalu membukanya dengan rakus.Macam-macamlah minah ni.

“Cepat..cepat..baca.”Isi surat tu disuakan di depan muka aku.Aku terus membaca surat itu dengan teliti. Manalah tahu kot-kot surat cinta daripada Cikgu Shamin ke.Mahu melompat aku kalau dapat surat cinta dari cikgu yang ‘hot’ tu.

Macam-macam mimik  muka yang terbias kat muka aku  sepanjang membaca surat yang panjangnya mengalahkan karangan Bahasa Melayu.Surat itu aku lipat kembali  dan aku sumbat kembali dalam sampulnya usai saja habis di baca.

“Sejak bila kau buat kerja sambilan jadi posmen buaya darat tu,”tanya aku kepada Affina yang sedari tadi tersenyum-senyum memandang aku.Buku aku buka kembali menyambung kerja yang tergendala gara-gara surat yang membuatkan aku rasa nak muntah hijau.

“Alaa..kau ni.Ada pulak tanya aku macam tu. So, kau terima tak?”Aku tengok riak muka Affina macam tak sabar-sabar menanti jawapan yang tak berapa nak suspen daripada aku.

“Mestilaaa…aku tak terima!”Nak gelak aku tengok muka Affina yang mulanya berseri tetapi bertukar menjadi    tempe basi bila aku kata aku tolak cinta buaya darat tu.Bukan setakat buaya darat je buaya longkang,perigi,lombong dan semualah.Memang layak pun dapat gelaran macam tu daripada aku.

“Kenapa pulak?”soalnya seolah-olah tak berpuas hati dengan jawapan aku.

“Sebab aku tak suka dia.Aku tak tahulah apalah yang menarik sangat pada dia sampai semua perempuan yang ada dekat sekolah ni tergila-gilakan dia.”

“Reason nya  sebab dia kacak,bergaya,smart,kaya,senyuman yang menawan,…”

“Dah..dah…cukup-cukuplah kau puji playboy cap ayam tu.”potong aku sebelum kawan aku yang seorang ni memuji lelaki tu melambung-lambung.Kalau dengar kat playboy tu makin panjanglah hidung dia yang memang sedia panjang macam hanger baju tu.

“Ish..kau ni.Dia yang hensem tu kau panggil muka cap ayam.Tak padan langsung,”tingkah Affina yang tak berpuas hati sebab aku mengutuk jejaka idaman sekolah tu.

“Apa-apa je lah Fina.Jomlah balik rumah.Dah lewat ni.”Barang-barang aku sumbat dalam beg sandang aku.

Aku terus meninggalkan Affina yang sudah muncung sedepa mulutnya sebab masih tak berpuas hati dengan aku punya jawapan.Terdengar suara Pontianak  yang memanggil aku sebaik sahaja aku keluar dari kelas.Suara siapa lagi kalau tak suara mak cik yang mulut kepoh tu.Aku hanya buat derk je!!

p/s:try mencari kelainan..hope enjoys..

No comments:

Post a Comment