Wednesday 26 June 2013

+CiNtA 2 hAtI:7: (edited)





S
eri Afida Atasya kembali semula meneruskan pengajiannya selepas hampir tiga hari dia bercuti. Kepulangannya di sambut ceria oleh rakan-rakan serumah sewa dengannya yang sedang menunggu di pintu pagar depan rumah.



“Korang buat apa depan pintu pagar ni?”soal Seri Afida Atasya sebaik sahaja keluar dari perut kereta. Dia menghampiri Nini dan Suria yang sedang melepak di depan pintu pagar.

“Kami berdua tunggu kau balik lah,”jawab Nini tersengih-sengih macam kerang busuk.

Seri Afida Atasya mencebik bibir. Tak percaya dengan jawapan Nini dan Suria. Macam mana pula kawannya itu boleh tahu yang dia akan balik pada petang ni. Nampak sangat menipu.

“ Pandailah nak keletong aku. Macamlah aku tak tahu apa yang korang berdua buat kat sini. Ini mesti kes nak skodeng anak lelaki Mak Cik Salmah kan?”serkap Seri Afida Atasya.

Bukan dia tidak perasan selama ini Nini dan Suria selalu menunggu di depan pintu pagar setiap hari Sabtu untuk mengintai anak lelaki jiran sebelah. Anak Mak Cik Salmah hanya pulang ke rumah seminggu sekali kerana tuntutan kerja sebagai 
‘pemandu kapal terbang’ aka pilot yang menyebabkan lelaki itu jarang berada di rumah.

“Eh..mana ada.Kau.. ni pandai-pandai aje… buat speku..lasi,”nafi Suria dengan tergaggap-gaggap. Muka tak payah nak kata lah. Merah macam buat tomato. Nampak sangat sudah kantoi.

“Iyalah Fida...betul apa yang Suria cakap tu. Ma..na ada kitaorang skodeng anak teruna orang,”tambah Nini pula bagi membela Suria.

Seri Afida Atasya ketawa kecil. 

“Tak payahlah korang nak cover line. Hari dah senja sekarang ni, jadi apa kata korang berdua masuk ke rumah sekarang sebelum aku report dekat Mak Cik Salmah yang korang berdua suka stalker anak teruna dia,”ugut Seri Afida Atasya dengan muka yang sengaja di seriuskan.

Nini dan Suria berpandangan sesama sendiri sebelum segera berebut berlari masuk ke dalam rumah. Seri Afida Atasya ketawa kuat  melihat gelagat kedua-dua kawan baiknya itu yang tergopoh-gapah meluru masuk ke dalam rumah selepas mendengar ugutan daripadanya. Tahu takut.


Seri Afida Atasya memandang Nini dan Suria yang sedang khusyuk menonton drama Korea yang ditayangkan di TV8.Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar seperti mereka meminati drama-drama Korea yang dibarisi oleh pelakon-pelakon yang kacak dan bergaya. Boleh kalah hero Malaya. He..he..he..

“Aku sebenarnya ada hal penting nak cakap dengan kau orang.”Seri Afida Atasya memulakan bicara. Mungkin ini masa yang sesuai untuk memperjelaskan statusnya kini.Status?Nampak pelik bunyinya.Bukan sudah kahwin.Baru bertunang je pun.

“Cakaplah.Apa dia?”balas Nini seketika sebelum pandangan dihalakan kembali ke kaca televisyen.

“Sebenarnya….sebenarnya….aku…sebenarnya..”Adoi..macam mana nak berterus terang ni,desis Seri Afida Atasya.

“Kau nak cakap apa Fida?Daripada tadi lagi sebenarnya.. sebenarnya,”rungut Suria. Tak pernah-pernah kawannya itu gagap.Tiba-tiba pulak malam ni boleh jadi gagap. Berat sungguhlah.

“Aku nak beritahu lah ni.Sabarlah sikit.”Geram pulak hatinya apabila Suria ‘sound’ dia macam tu.Ingat senang ke nak berterus-terang.

“Yelah..yelah..sorry.Kau nak bagitau apa sebenarnya?Cuba relaks je.”

Seri Afida Atasya menarik nafas dalam-dalam.

“Sebenarnya aku dah bertunang!” Fuh!!!Dengan satu nafas sahaja.Akhirnya dia dapat sebut perkataan ‘bertunang’ tu.

“Bila?”soal Suria dan Nini serentak. Suara tak payah cakaplah. Memang bergegar rumah teres dua tingkat mereka.

“Kau serius ke Fida?”soal Nini lagi apabila Seri Afida Atasya masih belum menjawab mendiamkan diri.

Seri Afida Atasya sekadar mengangguk.Sudah di jangka reaksi daripada Nini dan Suria. Dia sendiri masih menyusun ayat bagi memperjelaskan keadaan yang sebenar.

“Aku balik rumah parents aku sebab perkara ini. Aku bukan tak nak beritahu kau orang berdua. Cuma aku sendiri pun tak yakin dengan keputusan yang aku buat.” Seri Afida Atasya cuba berterus-terang agar kedua-dua sahabat baiknya itu tidak bersangka buruk dengan dirinya.

“Siapa lelaki itu?Fakrul?”Suria bertanya lagi. Walaupun dirinya cukup yakin bukan Fakrul yang menjadi tunangan sahabatnya itu.Kalau Fakrul yang menjadi tunangan Afida mesti kecoh satu fakulti.Maklumlah lelaki idaman pelajar wanita sudah menjadi milik orang lain.Lelaki idaman ke?Uweek…boleh muntah hijau jadinya.

“Kau orang tak kenal lelaki tu.Lelaki tu anak kawan ayah dan ibu aku.”

Nini dan Suria berpandangan sesama sendiri sebelum bergerak mengambil tempat bersebelahan Seri Afida Atasya.Kawannya itu di apit kiri dan kanan.

“Jadi kau sendiri pun tak kenal dengan lelaki tu?”Tanya Nini.

Seri Afida Atasya menggeleng kepala.

“Fakrul tahu kau sudah bertunang?”soal Suria pula.

Seri Afida Atasya mengangguk kepala perlahan.

“Habis tu dia cakap apa? Takkanlah dia buat tak tahu je.”Gila sungguh si Fakrul tu. Kekasih sendiri nak bertunang pun boleh lagi pergi keluar bersuka-ria dengan perempuan lain.

“Dia tak percaya bila aku bercakap aku nak bertunang.Dia ingat aku main-main.Aku malu sangat bila dia gelakkan aku depan semua orang di kafe.Dia kata aku sengaja nak balas dendam  sebab dia layan pelajar junior yang ada dekat situ.Aku tahu mesti kau orang fikir aku perempuan jahat sebab sanggup khianati teman lelaki sendiri. Tapi aku terpaksa.Aku sudah tawar hati dengan sikap dia.Aku dah tak sanggup nak hadapi semua ni,”luah Seri Afida Atasya dengan juraian air mata.Sakit hatinya apabila mengingati peristiwa itu.

Nini dan Suria memeluk erat sahabatnya itu. Mereka sendiri faham apa yang dialami oleh Seri Afida Atasya. Sudah banyak pengorbanan yang dilakukan sahabatnya untuk mempertahankan hubungan yang sudah hampir dua tahun terjalin.Mereka berharap Seri Afida Atasya dapat menggapai kebahagiaan setelah menghadapi banyak dugaan.Mereka pasti akan sentiasa mendoakan rakan baiknya itu. 


p/s:rasa mcm lmbt je jln cerita ni.. 
       *maaf klw ada kekurangan dalam jln cerita dan kesilapan ejaan
      * komen masih diperlukn bagi memperbaiki diri.. (x semestinya yg positif...yg negatif pun boleh..)
       *next entry will be coming!!!!

1 comment: