Saturday 20 July 2013

+CiNtA 2 hAtI:10 (part i): (edited)



S
eri Afida Atasya menilik penampilan dirinya di hadapan cermin. Malam ini dia akan berkunjung ke rumah orang tua Fazrie Affendi a.k.a bakal keluarga mertuanya.Fazrie Affendi sudah berjanji akan menjemputnya di rumah pada pukul lapan lima belas minit malam. Jam di dinding menunjukkan pukul lapan malam. Dirinya masih mempunyai masa lima belas minit lagi sebelum lelaki itu muncul di hadapan rumah.

“Sudah cantik pun.Tak payahlah tilik cermin tu lama-lama,”tegur Suria yang sedari tadi melihat temannya itu berdiri di hadapan cermin.Silap hari bulan boleh pecah cermin besar tu.

“Okey ke aku pakai macam ini?”Seri Afida Atasya merasakan ada yang tidak kena dengan pakaiannya.Dia memilih untuk memakai skirt labuh berwarna merah jambu yang dipadankan dengan kemeja berwarna putih. Dia membetul-betulkan kain tudung half-moon berwarna senada dengan skirt labuhnya supaya kelihatan lebih kemas.

“Okey dah aku tengok.Confirm cik abang kau tak tidur malam tengok kau malam ni.” Sempat lagi Suria menyakat Seri Afida Atasya.Jujur dan ikhlas dirinya katakan. Sahabatnya itu sungguh cantik malam ini.Beruntung mana-mana lelaki yang dapat memperisterikan Seri Afida Atasya.

“Ada-ada jelah kau ni.Kau betul ke tak nak ikut aku sekali?”tanya Seri Afida Atasya. Dia sudah mempelawa Suria dan Nini untuk menyertainya berkunjung ke rumah Fazrie Affendi pada malam ini. Nini awal-awal lagi sudah menolak pelawaannya kerana ada temu janji dengan buah hati.Siapa lagi kalau tak Hisyam. Bekas senior mereka di universiti.

“Aku bukan tak nak ikut cuma aku tak ada mood nak keluar malam ni.Maybe next time aku ikut kau.”Suria memberi alasan.Memang dirinya tidak ada mood untuk menyertai sahabatnya itu.Lagipun malam ini  dia sudah bercadang untuk menonton drama Korea yang baru sahaja di beli dua hari lepas.

Pon!!!Pon!!!!Pon!!!!

“Tu mesti tunang kau dah sampai.”Suria mengintai ke luar tingkap.Kelihatan kereta Mazda CX- 9 berwarna hitam sudah elok terparking di hadapan rumah. Tetapi orang yang berada di dalam kereta tidak dapat di lihat kerana cermin kereta yang agak gelap itu.

 “Aku gerak dulu.Jangan lupa kunci semua pintu.”Sempat lagi Seri Afida Atasya menitip pesan.Maklumlah.Risau jugak nak tinggalkan Suria sorang-sorang.

“Aku tahulah.Kau tak payah risau.Cepatlah pergi.Kesian cik abang kau kat luar tu,”gesa Suria. Dia sudah besar jadi pandai-pandailah dia jaga diri sendiri.

Suria menghantar Seri Afida Atasya sampai ke pintu. Dia melihat seorang lelaki kacak membuka pintu sebelah penumpang.Seri Afida Atasya sempat lagi melambai ke arah Suria sebelum membolos ke dalam perut kereta.Suria segera menutup dan mengunci pintu sebaik sahaja kereta hitam itu meninggalkan perkarangan rumah mereka.

SUASANA di dalam kereta hanya di temani bunyi DJ Radio Hot Fm  yang sedang bercoleteh.Fazrie Affendi sendiri tidak tahu bagaimana ingin memulakan perbualan. Dia memandang Seri Afida Atasya yang masih mendiamkan diri.Jari jemari gadis itu dilihat bermain sesama sendiri.

Seri Afida Atasya terasa serba tak kena.Apasal lah lelaki di sebelahnya ini sekadar diam membisu sahaja.Takkanlah tak ada suara kot.Nampaknya terpaksalah dia memulakannya dulu.

“Auntie dan uncle ada nak meraikan sesuatu ke hari ini?”Seri Afida Atasya memulakan bicara.Cuba mengajak tunangnya itu berbual.

Tersentak Fazrie Affendi mendengar pertanyaan tunangnya.Riak wajahnya segera di kawal seperti biasa.”Tak adalah.Saja-saja je mama dan papa ajak makan malam. Lagipun Fida sendiri tidak pernah sampai lagi ke rumah kan?”

Seri Afida Atasya hanya tersenyum manis bagi jawapan untuk soalan itu. Kembang hatinya bila lelaki itu menyebut namanya dengan lembut sekali.Adoiii..boleh cair ni.

“Siapa yang ada dekat rumah sekarang?”Dia bertanyakan soalan lagi.

“Mama,papa dan Fazlina je. Kak Long tak dapat join malam ni sebab ikut abang Johan berkhusus ke Singapura.”

Seri Afida Atasya mengangguk kecil.Dia memandang tunangnya yang sedang memandu.Lelaki itu kelihatan bergaya walaupun hanya mengenakan T-Shirt berkolar jenama Polo warna merah dan dipadankan dengan seluar jeans.Wajah yang putih bersih itu di renung dengan penuh minat.

Tiba-tiba timbul persoalan dalam benaknya.Mengapa lelaki sekacak ini masih sudi menerimanya sebagai seorang isteri? Padahal dia sendiri tidak menolak kemungkinan bahawa lelaki ini sudah mempunyai teman istimewa. Adakah nasibnya sama seperti dirinya? Terpaksa mengorabankan cinta untuk penuhi keinginan orang tua masing-masing.Timbul keluhan kecil di bibirnya.

“Kenapa tiba-tiba mengeluh?”soal Fazrie Affendi.Pelik dia mendengar keluhan yang terbit di bibir merah itu.

“Eh..tak ada apa-apalah.”Takkanlah dia ingin berterus-terang kepada lelaki itu tentang apa yang bermain di fikirannya.Nanti apa pula kata lelaki itu sebab mencampuri urusan peribadinya.Tetapi dia sudah jadi tunang lelaki itu. Jadi tidak salah rasanya kalau dia ingin bertanya.Setakat tunang pun baru.Bukan nikah pun lagi.

Akhirnya Seri Afida Atasya mengambil langkah untuk mendiamkan diri sahaja selepas penat berperang dengan kata hatinya.

Fazrie Affendi memandang sekilas kepada gadis tu yang tiba-tiba diam.Tadi rancak sangat bertanya.Mungkin dia sedang berfikir kot,tekanya.


to be continue..................

p/s:nantikan part yg 2....

4 comments:

  1. akk nk lagi yer dek...tlg smbg...best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima akak sebab sudi drop komen..
      In Shaa Allah akan disambung secept mungkin..

      Delete