Wednesday 24 July 2013

+CiNtA 2 hAtI:10 (part ii): (edited)



Kedatangan Seri Afida Atasya ke rumah bangalo mewah itu di sambut oleh Datin Zahliah yang sudah sedia menunggu di depan pintu.Fazrie Affendi dan Seri Afida Atasya berjalanan seiringan sehinggalah ke pintu masuk.


Datin Zahliah segera memeluk bakal menantunya. Seri Afida Atasya yang pada mulanya terpinga, tetap membalas pelukan Datin Zahliah.


“Akhirnya sampai juga Fida ke rumah,”kata Datin Zahliah sebaik sahaja pelukan terlerai.


Seri Afida Atasya tersenyum manis.Tangan wanita yang sebaya ibunya itu di cium penuh hormat. “Aunty apa khabar?”


“Sihat.Alhamdulillah.Mari masuk dalam dulu.”Datin Zahliah menarik lembut lengan tetamu istimewanya itu masuk ke dalam rumah. Seri Afida Atasya mengikut tanpa banyak soal.


Matanya sempat memandang Fazrie Affendi yang mengekori mereka dari belakang. Lelaki itu sekadar melemparkan senyuman.Dia turut membalas dengan senyuman. Boleh ‘cram’ bibirnya malam ini.Daripada tadi lagi senyum.Tak apalah.Senyum itukan satu sedekah,desisnya.


“Jemput duduk Fida.Jangan malu-malu.Inikah rumah Fida jugak,”ujar Datin Zahliah lagi.Dia mahu gadis itu menyesuaikan diri sebelum menjadi sebahagian daripada keluarganya.


Seri Afida Atasya hanya mengangguk kecil.Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Dia masih segan untuk beramah-mesra dengan wanita itu. Walaupun mereka sudah bertemu dan berbual mesra beberapa kali, tetapi perasaan malu itu masih menebal dalam dirinya.


“Kak Fida……….”jerit satu suara daripada arah tangga.


Seri Afida segera menoleh.Dia melihat Fazlina Arnie berlari-lari anak menuju ke ruang tamu.Tubuhnya segera di peluk erat oleh gadis itu tanpa bagi signal.Terkedu sebentar dirinya.


“Lina,cuba buat perangai elok sikit,”tegur Datin Zahliah. Kesian pulak dia melihat Seri Afida Atasya yang masih terpinga-pinga itu. 


“Sorry mama.Terlebih excited pula,”balas Fazlina Arnie.Tangannya masih melingkar di bahu bakal kakak iparnya itu.Rasa tak sabar-sabar untuk melihat abang dan kakaknya itu bersatu.Mesti best.


Seri Afida Atasya mengusap lembut kepala Fazlina Arnie. Sememangnya dia agak rapat dengan Fazlina Arnie sejak dari majlis pertunangannya tiga minggu lepas. Lagipun dia tidak mempunyai adik-beradik.Jadi tidak salah rasanya dia menganggap gadis itu sebagai adik perempuannya sendiri.


Fazrie Affendi terpengun melihat layanan Seri Afida Atasya kepada Fazlina Arnie. Terserlah sikap penyayang dan lembut di situ. Senyuman gadis itu sungguh cantik dengan  wajah yang putih bersih dan kemerah-merahan itu.Cantik sekali,pujinya dalam diam.


“Ehem..ehem…ehem..”Dato Kamaruddin berdehem panjang apabila melihat anak terunanya termenung panjang.Semasa turun dari tangga lagi dia melihat Fazrie Affendi merenung asyik Seri Afida Atasya.Macam tak pernah jumpa perempuan gayanya.


Fazrie Affendi segera mengalihkan pandangan matanya. Dia cuba berlagak selamba. Adoiii..macam manalah dia boleh kantoi dengan papanya.Buat malu muka je. Renung anak dara orang macam tu sekali.


Seri Afida Atasya memandang Dato Kamaruddin yang sudah mengambil tempat bersebelahan tunangnya.”Uncle apa khabar?”soalnya berbahasa.


“Baik. Alhamdulillah.Ibu dan ayah sihat?”Dato Kamaruddin segera bertanyakan khabar bakal besannya.Sudah lama dia tidak bertemu dengan sahabatnya itu. Rasanya sudah hampir dua minggu.


“Ibu dan ayah sihat.”Seri Afida menjawab ringkas pertanyaan lelaki separuh abad itu. Baru dia perasan wajah Fazlina Arnie lebih mengikut kepada Dato Kamaruddin. Berbanding wajah tunangnya yang lebih mirip dengan Datin Zahliah.


Tak lama kemudian Mak Mah muncul di ruang tamu untuk memberitahu makan malam sudah siap dihidangkan. “Mari makan dulu.Nanti boleh bersembang lagi,” kata Dato Kamaruddin dan di sokong oleh Datin Zahliah.


Pasangan separuh abad itu beriringan bergerak menuju ke ruang makan. Diikuti dengan Fazrie Affendi dan Fazlina Arnie yang masih setia berkepit dengan Seri Afida Atasya. Lengan bakal kakak iparnya itu di pimpin erat menuju ke ruang makan. Seri Afida Atasya sekadar membiarkan.Dalam hatinya lahir perasaan tenang kerana di terima baik oleh keluarga itu. Jadi tidaklah dia merasa terlalu kekok.


Fazrie Affendi sekadar menggeleng kepala melihat keletah manja adik bongsunya. Boleh pening bakal isterinya itu nanti melayan ragam Fazlina Arnie. Manjanya terlebih. Maklumlah anak bongsu dalam keluarga. Perangainya boleh kalah budak tadika,sempat lagi Fazrie Affendi mengutuk adiknya.

 “Jemput makan Fida. Jangan segan-segan,”pelawa Dato Kamaruddin.
 

“Semua lauk ni mama yang masak. Khas untuk menantunya yang tersayang,” sampuk Fazlina Arnie dengan nada berseloroh. Padahal baru bakal menantu. Belum menjadi menantu lagi.


Seri Afida Atasya tersenyum saja.Matanya memandang berbagai-bagai jenis lauk yang dihidangkan. Ada ayam masak merah,sayur campur,ikan siakap tiga rasa dan macam-macam lagi lah.Boleh dikatakan penuh satu meja dengan lauk sahaja.


Fazrie Affendi menolong tunangnya mencedok nasi dan segala jenis lauk ke dalam pinggan. Pinggan nasi yang penuh itu dihulurkan kepada gadis itu. Seri Afida Atasya melemparkan senyuman manis sebagai tanda ucapan terima kasih.


Dato Kamaruddin dan Datin Zahliah tersenyum melihat adegan itu. Hati tua mereka berasa tenang melihat cara anak lelakinya melayan Seri Afida Atasya. Fazlina Arnie pula tersenyum sambil menahan gelak kelakuan pasangan itu. Romantik habis. Kalah drama Korea.He..he..he..


“Fida bila finish study?”soal Dato Kamaruddin.


“In Shaa Allah dalam bulan empat tahun depan,uncle.”Lembut sahaja suara yang keluar dari bibir itu. 


Dato Kamaruddin mengangguk perlahan.Terasa serba salah pun ada kerana tergesa-gesa ingin menyatukan anak lelakinya dengan gadis itu. Tetapi kalau dia menunggu, risau pulak ada orang lain pula yang berkenan untuk dijadikan menantu. Siapa yang tidak mahu bermenantukan gadis seperti Seri Afida Atasya. Tengok wajah sahaja sudah sejuk hati tua mereka memandang.


“Auntie dan uncle minta maaf kalau perkahwinan kamu berdua menganggu pelajaran  Afida.”Datin Zahliah pula berkata. Hati orang tua mana yang tidak risau dengan anak.Lagi-lagi yang masih mentah seperti bakal menantunya ini.


“Auntie jangan kata begitu. In Shaa Allah kalau niat kita baik,semuanya akan berjalan dengan lancar. Allah SWT akan mempermudahkan semuanya. Fida sendiri tidak rasa terganggu dengan semua ini. Malah Fida sendiri berasa terharu kerana auntie dan uncle sekeluarga sudi menerima Fida.”Ikhlas dirinya katakan dia bersyukur dengan apa yang terjadi dalam hidupnya sekarang. Dia yakin keluarga ini mampu membahagiakan dirinya seperti mana dia bahagia dengan keluarga sendiri.


Hampir menitis air mata Datin Zahliah mendengar pengakuan ikhlas Seri Afida Atasya. Dia dan suami memang tidak silap menilai gadis itu. Dia yakin anak lelakinya pasti akan jatuh cinta dengan ketulusan Seri Afda Atasya.Dirinya sendiri sudah mula menyayangi gadis itu seperti anaknya sendiri.


Fazrie Affendi menoleh ke sebelahnya. Wajah Seri Afida Atasya di pandang dengan pandangan yang sukar untuk diungkapkan. Jujur hatinya berkata dia sangat terharu dengan jawapan yang di beri oleh gadis itu sebentar tadi. Dalam diam dia kagum dengan sikap positif yang ada dalam diri Seri Afida Atasya. Walaupun umur masih mentah, namun pemikirannya sudah mampu berfikir secara matang. 


Seri Afida Atasya memandang Fazrie Affendi yang masih tidak lepas pandang memandangnya. Sejak dari tadi lagi dia perasan lelaki itu asyik merenungnya. Dia sekadar melemparkan senyuman kecil walaupun senyuman itu agak kekok. Masih malu. Siapa yang tak malu kalau di renung sebegitu.Lagi-lagi daripada lelaki kacak sebelahnya ini. Boleh tak lena tidur malam ini.


Fazrie Affendi segera tersedar apabila melihat ketidakselesaan Seri Afida Atasya. Dia sempat membalas senyuman gadis itu sebelum menyambung kembali makan. 

Suasana di ruang makan itu masih riuh dengan suara Dato Kamaruddin dan Datin Zahliah yang masih sibuk beramah mesra dengan bakal menantunya. Kadang-kadang Fazrie Affendi ada juga menyampuk sama. Sesekali terdengar juga suara kepoh Fazlina Arnie yang tak habis-habis menyakat abang dan kakak iparnya.Sungguh meriah ruang makan itu dengan suara mereka sekeluarga.





p/s:rasanya terlebih menaip pula..Terlebih merapu pun ada.. Diharapkan anda semua suka dengan entry kali ini walaupun ayat banyak 'ke laut'.. Hehehe.. Komen masih lagi diperlukan bagi memperbaiki diri ini.. 

Yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tapi bersandarkan atas kelemahan saya sendiri.. 

boleh klik sini untuk mengetahui dan prihatin tentang  isu di Syiria..


2 comments: