Wednesday 31 July 2013

+CiNtA 2 hAtI:11 (part ii): (edited)



Kereta BMW Series Seri Afida Atasya berhenti betul-betul di hadapan rumah sewanya kerana sebuah motor Kawasaki ZX6R,  menghalang keretanya memasuki garaj. Dia melihat seorang lelaki sedang duduk bersantai atas motor itu.Wajah lelaki itu tidak dapat di lihat dengan jelas kerana menghadap ke belakang.


“Itu bukan Fakrul ke?”ujar Suria. 


Seri Afida Atasya segera memandang ke hadapan.Terbeliak matanya melihat lelaki yang pernah bertaktha di hatinya dulu. Yang menimbulkan persoalan sekarang, apa lelaki tu buat dekat rumah dia pada waktu macam ni?Dia segera bergerak keluar dari kereta.


“What are you doing here?”soal Seri Afida Atasya tanpa berbasa-basi. Tiada nada kemesraan di situ.Yang ada hanyalah pertanyaan.


“I datang nak jumpa you sayang,”balas Fakrul tanpa mempedulikan wajah tegang wanita itu.Sudah lama dia tidak menatap wajah jelita bekas kekasihnya. 


“Buat apa you datang jumpa I?Apa kata jiran-jiran I nanti bila nampak you dekat sini.”Suara Seri Afida Atasya sudah mula berubah.Dia tidak suka Fakrul membuat perangai seperti ini.Nanti dia sendiri akan mendapat masalah.


Suria segera mendapatkan Seri Afida Atasya apabila suasana mulai tegang. Nanti tak pasal-pasal Fakrul buat masalah di sini.Bukan boleh percaya sangat mamat tu.


“Fakrul, aku rasa lebih baik kau balik je lah. Tak payah buat hal kat sini. Nanti malu dekat jiran-jiran kitorang.”Suria segera menghalau Fakrul sebaik saja keluar dari kereta.Tak ada ‘cover’ langsung mulut mak cik yang sorang ni.


“Kau jangan masuk campur hal aku!Aku datang sini nak jumpa kekasih aku! Yang kau nak halau aku apa kes!”Fakrul sudah mula menunjukkan taringnya. Suaranya sudah mula naik senoktaf.


Makin berangin Suria mendengar tengkingan lelaki itu. Sudahlah datang rumah orang. Boleh pulak tengking-tengking. “Eh..Fakrul.Kau sedar tak apa yang kau cakap. Fida ni bukan kekasih kau lagi.Dia dah jadi tunang orang lain.Sedar lah diri tu sikit.”


Wajah Fakrul sudah berubah menjadi merah padam. Ini gara-gara terlampau menahan marah. Gadis di hadapannya itu di pandang tajam. Kalau diikut kan hati sudah lama pipi Suria di tampar. Biar puas hatinya.


“Kau ni kan….”Fakrul menghampiri Suria.Dia ingin memberi pengajaran kepada gadis itu supaya tidak sewenang-wenangnya menghina dirinya.


Suria segera menyorok di belakang Seri Afida Atasya apabila melihat Fakrul yang sudah bertukar menjadi singa jantan. Takut juga kalau lelaki itu akan mencederakan dirinya. Bukan boleh percaya sangat lelaki playboy macam tu.


“Eh..eh..sudahlah!Korang berdua boleh tak jangan buat hal.”Seri Afida Atasya segera menyeleraikan pertelingkahan antara Suria dan Fakrul sebelum keadaan menjadi lebih teruk.


Seri Afida Atasya memandang Suria.”Suria lebih baik kau masuk dalam dulu. Biar aku yang settlekan hal ini.”


“But…”


 “Suria..please.Kau masuk dulu.” Seri Afida Atasya segera memintas kata-kata Suria. Dia tidak mahu Suria terlibat sama dengan masalah ini. Ini hal dia dan Fakrul.Jadi dia akan menyelesaikannya sendiri.


Suria melangkah perlahan-lahan masuk ke rumah.Sempat lagi dia memberi jelingan maut  kepada lelaki itu.Seri Afida Atasya menggeleng kepala melihat telatah Suria. Nampak saja macam tu tapi boleh tahan jugak penakutnya.


“Fakrul,I rasa lebih baik you balik dulu.I tak ada apa nak bincang dengan you. So,please..”Seri Afida Atasya menggunakan cara lembut.Dengan Fakrul dia kena menjadi air kerana dia sendiri sedia maklum sikap lelaki itu.


“Sayang, I minta maaf sebab buat you terluka.I masih sayangkan you. I tak sanggup kehilangan you.Tolong bagi I peluang sekali lagi,”rayu Fakrul bersungguh-sungguh. 


Seri Afida Atasya mengeluh perlahan.”You sendiri tahu  yang I bakal menjadi milik orang lain.I maafkan you.Tapi I tak boleh kembali kepada you. I hope you understand. Tolong jangan rumitkan keadaan.”


Bukan dia tidak sayang dengan lelaki itu.Hampir tiga tahun dia dan Fakrul menjalinkan hubungan cinta.Tiga tahun!Bukan satu masa yang singkat.Dia sendiri tidak pernah mengharapkan hubungan cinta yang sudah lama terjalin berakhir seperti ini.


“Please sayang….Come back to me…I’m begging you.”Fakrul sudah melutut di depan kekasih hatinya itu.Dia rela memalukan dirinya seperti ini.Hanya ini satu-satunya cara mengembalikan Seri Afida Atasya kepadanya.


Seri Afida Atasya sudah kalut melihat kelakuan luar jangka Fakrul. “Fakrul, bangun lah. Jangan buat macam ni.”Dia menarik tangan lelaki itu agar segera bangun. Dia tidak mahu jiran-jirannya melihat drama sebabak ini.Tambahan pula, ramai orang sudah mengetahui yang dia sudah menjadi tunangan orang lain.


“I takkan bangun selagi you tak cakap yang you akan bagi I peluang kedua.” Fakrul masih lagi berdegil.


“Are you crazy? You sendiri tahu I tak boleh buat macam tu.”Terkejut Seri Afida Atasya mendengar permintaan Fakrul.Dia tidak boleh memenuhi permintaan lelaki itu.  Banyak hati akan terluka jika dia mengambil keputusan untuk kembali kepada Fakrul.


“I don’t care. I tetap akan berlutut di sini sampai you bersetuju.I tak kisah kalau jiran-jiran you pandang sekalipun.I tetap dengan pendirian I,”ugut Fakrul dengan selamba. Dia tahu Seri Afida Atasya akan bersetuju dengan semua permintaannya.


Seri Afida Atasya sudah mengaru-garu kepala nya yang tidak gatal itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan.Dia memandang sekeliling rumah jiran-jirannya.Takut juga ada yang melihat drama tanpa pengarah yang sedang berlangsung di depan rumah sewa mereka.


‘Ya Allah,apa yang harus aku buat sekarang ni.Kenapalah mamat ni degil sangat? Fida…fikir..fikir…Takkanlah aku nak biarkan Fakrul terus berada di sini. Nanti tak pasal-pasal dia buat hal lain pulak.Nampaknya terpaksalah aku bertindak….’desis hatinya.


“Okey..okey…I akan fikirkan.Tapi I tak janji apa-apa,”kata Seri Afida Atasya. Nadanya seolah-olah sudah mengalah sebelum berjuang.


“Betul you akan fikirkan hubungan kita?”Fakrul sudah mula teruja. Nampaknya tidak sia-sia dia melutut di hadapan gadis itu.Akhirnya dia berjaya juga merebut buah hatinya itu.


“I..ya..Iya..Sekarang I nak you bangun sebelum I ubah fikiran.”Hanya ini satu-satunya cara untuk membuat lelaki itu segera beredar dari rumahnya.Walaupun dia sendiri tahu risiko yang perlu di tanggung kelak.


Fakrul segera berdiri.Wajahnya tak payah cakaplah.Senyum sampai ke telinga. Terima kasih sayang.I janji takkan lukakan hati you lagi,”janji Fakrul beria-ia. Siap angkat tangan kanan.Macam orang angkat sumpah gayanya. 


Seri Afida Atasya hanya mampu tersenyum hambar.Tak ikhlas pun ada jugak rasanya.”Dah lewat sekarang ni.Apa kata you balik dulu.”


Wajah Fakrul berubah muram apabila Seri Afida Atasya seolah-olah menghalaunya pergi.Tetapi dia tetap akur dengan permintaan gadis itu asalkan hubungan mereka akan kembali seperti biasa.


“Hurm..baiklah I balik dulu.I’m very happy today.Bolehlah I tidur lena malam ni.”Fakrul sudah mula mengarang ayat buaya daratnya.


Seri Afida Atasya sekadar berdiam diri mendengar luahan hati Fakrul itu. Happy?Lelaki itu gembira tetapi dia tengah serabut.Lelaki itu boleh tidur lena malam ni, tetapi dia pasti tidak boleh memejamkan mata malam ini.Nasib..Nasib….


“I gerak dulu.Nanti kita jumpa di kuliah.I love you, sayang,”luah Fakrul yang sudah menghidupkan enjin motornya.Poyo pun ada tengok muka lelaki itu yang dari tadi tersenyum kambing.


Seri Afida Atasya hanya mengangguk sambil tersenyum tawar.Dia memandang motor jenama Kawasaki ZX6R, yang sudah bergerak laju meninggalkan rumahnya. Keluhan berat akhirnya terkeluar juga dari bibirnya.Dia sendiri seperti berada dalam dunia yang penuh kecelaruan. Kecelaruan yang tiada hentinya.



p/s:maaf jika ada kesalahan dari tatabahasa, penggunaan bhsa inggeris/melayu, ejaan and etc...Silalah tinggalkan komen anda untuk saya memperbaiki lagi kekurangan dalam e-novel ini..Love you ools........

No comments:

Post a Comment