Monday 18 November 2013

+CiNtA 2 hAtI:12 (part i): (edited)

Angin petang bertiup sempoi-sempoi bahasa.Seri Afida Atasya membetulkan tudungnya yang sedikit di tiup angin.Sudah hampir dua jam dia mengulangkaji pelajaran di bangku meja yang disediakan di luar perpustakaan.Dalam masa yang sama matanya melilau melihat orang yang lalu-lalang di situ.

Jam sudah berginjak ke angka enam petang.Buku di atas meja di tutup perlahan. Barang-barangnya segera di masukkan ke dalam beg.Tetapi dia masih duduk bersantai di situ sebaik sahaja selesai mengemas.Tiada tanda-tanda untuk bergerak pulang ke rumah.

“Fida?”Panggil satu suara dari arah belakang.Seri Afida Atasya segera menoleh ke arah suara itu.Kelihatan  Khaty sedang bergerak menuju ke tempatnya.

“Buat apa kat sini sorang-sorang?”soal  Khaty sebaik sahaja sampai di hadapan adik angkatnya itu.Buku-buku yang di pinjam di perpustakaan tadi diletakkan di atas meja.Naik lenguh tangannya mengusung buku-buku yang tebal gila tu.Silap hari bulan boleh patah tangannya.

“Tak buat apa pun akak.Saja je ambil angin sekejap.Akak pulak dari mana?”Seri Afida Atasya memandang Khaty yang sedang mengelap peluh di dahi.

“Akak dari perpustakaan.Pinjam semua buku-buku ni,”balas Khaty sambil menujukkan buku-buku yang di letakkan di hadapannya. “Suria dan Nini mana?” Daripada tadi lagi dia tidak nampak batang hidung kawan serumah Seri Afida Atasya. Biasanya mereka selalu keluar bertiga.

“Nini dan Suria ada dekat rumah. Fida keluar sorang je hari ini.”

Makin pelik  Khaty mendengar jawapan Seri Afida Atasya.Jarang dia melihat Seri Afida Atasya keluar bersendirian.Wajah adik angkatnya itu di renung tajam. Dia dapat mengagak ada sesuatu yang telah terjadi.Raut muka Seri Afida Atasya nampak pucat dan tak bermaya memperkuatkan lagi sangkaanya.

“Fida ada masalah ke?”tanya  Khaty.Matanya masih menatap muka gadis di hadapannya itu.

Tersentak Seri Afida Atasya mendengar soalan itu.”Eh..ta..tak…adalah akak.” Tergagap-gagap dia menjawab.

 Khaty semakin curiga. “Betul ke tak ada?Kenapa akan tengok muka Fida pucat je. Macam orang ada masalah besar.”

Seri Afida Atasya meraba mukanya.Pucat ke?Rasanya okey saja tadi. “Tak adalah akak.Fida sihat je.Cuma tak cukup tidur je.Exam kan dah nak dekat jadi kenalah usaha sikit.”Dia masih lagi berdolak-dalih. Walaupun pada hakikatnya memang dia tidak dapat tidur semalaman kerana memikirkan masalah yang sengaja dia cipta. Rasa diri sendiri bodoh pun ada.

Khaty memegang tangan kanan Seri Afida Atasya.Tangan itu di genggam erat. “Dah hampir empat tahun akak kenal Fida.Akak boleh tahu dan rasa kalau adik akak ni ada masalah.Jadi akak nak Fida ceritakan kat akak apa masalah Fida. Biar kita sama-sama cari jalan untuk selesaikan.”

Seri Afida Atasya berasa serba salah.Kalau boleh dia tidak mahu membebankan kakak angkatnya itu dengan masalahnya.

Khaty mengeluh perlahan melihat Seri Afida Atasya yang masih mendiamkan diri. “Ini mesti pasal Fakrul kan?”Khaty cuba meneka.

Seri Afida Atasya mengangkat kepala apabila mendengar andaian kakak angkatnya itu.”Mana akak tahu?”soalnya perlahan.

“Akak teka saja.Sebelum ni pun Fida mesti duduk bersendirian kalau ada masalah dengan Fakrul.Masalah apa pulak kali ini?”tanya Khaty lembut. Sejujurnya dia tidak suka Seri Afida Atasya terlampau memikirkan kerenah lelaki yang tak siuman seperti Fakrul.

Seri Afida Atasya menarik nafas perlahan sebelum menghembuskannya kembali. Dia sendiri tidak tahu ingin mula daripada mana.Apa yang pasti dia sangat memerlukan seseorang untuk meluahkan beban yang di tanggungnya kini.

“Fakrul datang rumah semalam,”ujar Seri Afida Atasya.Matanya memandang kakak angkatnya yang masih setia menunggu ayat seterusnya.

“Fakrul mintak Fida kembali kepada dia.”

“What??!!!!”

Mengucap panjang Khaty mendengar perkataan yang keluar dari mulut dari gadis itu. Apa kenalah dengan Fakrul tu.Memang sah.Mamat tu sudah gila,desis hatinya geram.

“Habis tu Fida cakap apa dekat dia?”Khaty sudah menjadi tidak sabar ingin tahu tindakan Seri Afida Atasya.

“Fida terlepas cakap.Fida janji dengan dia yang Fida akan fikirkan hubungan kami,” jawabnya perlahan.Tapi masih mampu di dengar oleh Khaty.

“Apa??!!Fida sedar tak apa yang Fida buat sekarang?”soal Khaty tegas. Tadi baru sahaja dia terkejut apabila mendengar Fakrul merayu kembali balik Seri Afida Atasya.Sekarang,yang menambahkan lagi kejutan ialah adik angkatnya berjanji akan fikir pasal hubungan yang sudah terputus itu.Memang berat masalah.Memang berat.

“Fida tahu semua ini salah.Tapi itu saja cara yang Fida boleh fikirkan waktu itu. Akak sendirikan kenal perangai Fakrul macam mana.Selagi Fida tak bersetuju, selagi tulah dia akan buat masalah.Fida tak ada niat pun nak sambung balik hubungan kami.”Dia sendiri memang tidak pernah terlintas untuk menduakan tunangnya. Semuanya berlaku kerana terpaksa.Apa yang berlaku tidak mampu dia putarkan kembali.Terlajak perahu boleh di undur, tapi kalau dah terlajak kata.

“Patutlah akak tengok si Fakrul tu menyengih memanjang dalam kelas Puan Aini tadi,”ujar Khaty.Bukan dia tak perasan lelaki itu seperti pesakit Tanjung Rambutan sepanjang kelas dijalankan.Menyengih je kerjanya.Rupa-rupanya ada perkara luar biasa yang berlaku.

“Jadi Fida nak buat apa sekarang?”Khaty bertanya dengan tenang.Tetapi soalannya dibalas hanya dengan gelengan gadis itu.

“Kadang-kadang Fida rasa diri ini jahat sangat.Menduakan tunang sendiri dalam diam-diam.Berjanji dengan lelaki lain walaupun diri sendiri tau semua tu salah. Bodohkan Fida ni,akak?,”luah Seri Afida Atasya.Memang itu perasaanya waktu ini. Kalau nak diikutkan  kelakuan dia sama sahaja seperti Fakrul.Curang.Mungkin lelaki itu lebih baik lagi sebab curang kepada kekasih.Bukan sepertinya.Curang walaupun sudah mempunyai tunang.

Khaty mengambil tempat bersebelahan Seri Afida Atasya.Bahu adik angkatnya itu di usap perlahan. “Tak baik cakap macam tu.Fifa bukan bodoh cuma keliru.Akak faham Fida tersepit di antara dua perasaan.Perasaan sayang dan tanggungjawab. Kadang-kadang cinta membuat kita terpaksa memilih.Tetapi bukan beerti cinta yang kita lepaskan adalah satu kesilapan yang besar.Fida faham kan?

Seri Afida Atasya mengangguk perlahan.Kerana dia memikirkan ini bukan satu kesilapanlah dia lebih rela memilih untuk bertunang dengan Fazrie Affendi walaupun dia tidak mencintai lelaki itu.

“Sekarang akak nak Fida bersemuka dengan tunang Fida.Cuba bawa berbincang dari hati ke hati.Mungkin dari situ semua masalah dan  rasa keliru itu akan terungkai.”Khaty  memberi pandangan.

“Macam mana dengan Fakrul?”tanya Seri Afida Atasya.

Khaty tersenyum.Faham apa yang cuba disampaikan Seri Afida Atasya. “Pasal Fakrul akak akan cuba slow talk dengan dia.Fida selesaikan dulu masalah dengan Fazrie.”


Seri Afida Atasya tersenyum hambar sambil mengangguk.Dia berharap sangat Fakrul dapat mendengar kata kakak angkatnya itu.Semua ini mesti diakhiri dengan segera agar tiada yang akan terluka lagi.  


p/s:da lama tak menaip citer ni..harp2 masih ada yg sudi bca lagi...

No comments:

Post a Comment