Friday, 14 December 2012

CiNtA 2 hAtI:2:(edited)


S
uasana di rumah sewa Seri Afida Atasya riuh-rendah dengan suara teman-teman sekuliahnya.Maklumlah hari ini adalah berakhirnya peperiksaan akhir bagi semester kelima.Jamuan kecil telah diadakan di rumah sewanya bagi meraikan hari yang penuh bermakna ini.Semua yang di jemput terdiri daripada rakan perempuan sekelasnya.

“Fuh..lega.Ringan rasanya kepala aku sekarang,”luah Nini yang menyandar enak di sofa.Kepalanya dilentokkan di bahu Seri Afida Atasya.

“Betul tu.Perasaan yang sama lepas habis paper akhir SPM dulu,”sampuk Suria dengan nada yang ceria.Biasalah sudah habis beban memanglah seronok.

“Gembira,gembira juga tapi jangan lupa pula study untuk exam yang akan datang,”pesan Khaty yang baru sahaja keluar dari dapur dengan menatang sedulang minuman petang.

“Iyalah akak.Kami ingat tu,”jawab Seri Afida Atasya lalu menarik lembut tangan seniornya itu supaya duduk bersebelahan dengannya.

Sedang asyik bersembang sambil menikmati minuman petang,tiba-tiba telefon bimbit Seri Afida Atasya berbunyi nyaring.Dia segera meminta diri  ke bilik untuk menjawab panggilan telefon.Tetera perkataan ‘ibu’ di skrin telefon.

“Assalamualaikum ibu,”sapa Seri Afida Atasya terlebih dahulu.

“Waalaikumusalam.Kenapa lambat angkat telefon?”tanya Puan Suraya kepada anak gadisnya.

“Fida tengah berborak dengan kawan-kawan tadi.Tak sedar handset berbunyi.”

“Ooo..Ibu telefon sebab nak suruh kamu balik rumah hujung minggu ini,”terang Puan Suraya.

‘Balik ke rumah?Ada apa yea ibu dan abah suruh balik.Aku pulak sudah plan nak  pergi windows shopping pagi esok dengan kawan-kawan aku.’desisnya.

“Fida dengar tak apa yang ibu cakap ni?”soal Puan Suraya kerana anaknya itu tiba-tiba sahaja mendiamkan diri.Tak lain tak bukan mesti berangan.Anaknya itu bila-bila masa sahaja boleh mengelamun.

“Fida dengar ibu.Nanti petang Fida balik sebab waktu pagi Fida nak keluar ke bandar dengan kawan-kawan yang lain,”jawab Seri Afida Atasya lembut.

“Baiklah kalau macam tu.Balik tau,”pesan Puan Suraya sekali lagi.Maklumlah anak gadisnya ini pelupa sedikit.Kalau tak diingatkan banyak kali memang susahlah nak mengingatnya.

“Iyaaa ibu.Fida balik nanti.Ibu janganlah risau.”Seri Afida Atasya menjadi kurang selesa dengan sikap ibunya yang tidak beberapa mempercayainya.

“Iyalah.Ibu letak telefon dulu yea.Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam bu,”balas Seri Afida Atasya lemah.

Seri Afida Atasya segera bergerak ke ruang tamu sebaik sahaja talian dimatikan. Kawan-kawannya masih lagi sedang duduk bersantai di ruang tamu dengan mengunyah makanan ringan.

“Lama berborak.Buah hati call ke?”sakat Nini.

Seri Afida Atasya melemparkan bantal kecil ke arah Nini.Terkerit kecil gadis genit itu.

“Banyaklah kau punya buah hati.Ibu aku lah yang call.Suruh aku balik minggu ni,”terang Seri Afida Atasya lalu mengambil tempat duduk di sebelah Khaty.

“Bukan weekend ni kita nak keluar ke?”Suria mengingatkan kawan baiknya itu rancangan yangtelah diatur sebaik sahaja peperiksaan akhir tamat.

Seri Afida Atasya mengeluh.”Tulah tapi ibu aku kata ada hal penting jadi aku terpaksa baliklah.”

“Alaahh.. tak jadilah kita nak pergi tengok wayang sama-sama,”rungut Nini sambil membuat mimik muka kartun Mr.Bean.

“Relaks lah.Jadi tetap jadi,”balas Seri Afida Atasya dengan senyuman penuh makna.

“Aik..kau ni peliklah Fida.Tadi kata kena balik rumah.Tapi sekarang ni cakap jadi pulak.Pening aku dengan kau ni.”Suria menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.Kawannya ini cakap berbelit-belit.Dahlah aku ni lambat pick up.

“Aku balik rumah parents aku waktu petang jadi pagi tu bolehlah kita enjoy,”ujar Seri Afida Atasya yang membuat mimik muka macam Nora Danish dalam siri sitcom Puteri.
Nini dan Suria turut bersoarak keriangan.Mujurlah menjadi rancangan mereka kalau tidak memang terpaksalah nyanyi lagu band Indonesia Ungu yang bertajuk “Hampa’.


FAZRIE Affendi memusingkan kerusinya ke kiri dan ke kanan.Kepalanya masih pening memikirkan permintaan orang tuanya.Masihh terngiang-ngiang lagi suara mamanya yang berharap agar dirinya bersetuju mengahwini anak sahabat baik papanya.Sedang asyik mengelamun,pintu pejabatnya di ketuk dari luar.

“Masuk,”laungnya sambil memperbetulkan kedudukannya.

Pintu bilik di buka.Terjengul wajah Khairil yang riang gembira di muka pintu. Mengeluh dirinya melihat riak senang hati kawan baiknya itu.

“What’s up?”soal Fazrie Affendi sebaik sahaja Khairil melabuhkan diri ke atas kerusi berhadapan dengannya.

“Sepatutnya aku yang tanya soalan tu kat kau.Kau ni kenapa bro?Dari luar tadi aku tengok kau mengelamun je.”

Fazrie Affendi memandang wajah Khairil tanpa sebarang riak.Keluhan berat keluar dari mulut Khairil.Memang sah mamat yang sorang ni mengelamun!

“Woi!!Aku tanya ni,”sergah Khairil yang mula naik bengang dengan sahabatnya itu apabila pertanyaanya tidak diendahkan.

Lamunan Fazrie Affendi hilang dengan serta-merta apabila mendengar suara Khairil yang bernada tinggi itu.

“Kau tanya apa tadi?”tanya Fazrie Affendi sambil megurut tengkuknya yang terasa lenguh.

“Aku tanya kau kita nak makan dekat mana lunch nanti,”jawab Khairil sambil memandang sinis ke arahnya.

Fazrie Affendi tahu yang sahabatnya itu sengaja memerlinya.Bukan dia tidak tahu perangai Khairil yang selalu buat loyar buruk antarabangsa itu.

“Cakaplah betul-betul.Tak payah nak perli-perli aku,”tegur Fazrie Affendi.Dahlah kepalanya tengah berserabut.Boleh pulak kawannya itu buat lawak antarabangsa.

“Kau ni apahal Azrie?Serabut je aku tengok kau hari ini.Macam orang baru putus cinta je.Kau ada masalah ke?”

Fazrie Affendi sekadar melepaskan keluhan.Berat saja bunyi keluhannya itu.Makin banyak pula persoalan yang timbul di fikiran Khairil melihat kelakuan sahabatnya yang tidak seperti biasa.

“Entahlah.Aku dah naik pecah kepala fikir tentang permintaan orang tua aku.”

‘Permintaan?Permintaan apa pulak ni?Takkanlah wasiat kot.Setahu aku orang tua si Azrie ni sihat walafiat lagi,’desis Khairil dengan seribu tanda tanya.

“Permintaan apa pulak ni?Tak fahamlah aku.Cuba kau cerita betul-betul.”Tak sabar rasanya ingin mengetahui di rahsia di sebalik perkataan ‘permintaan’ itu.

“Mama dan papa aku nak jodohkan aku dengan anak sahabat lama mereka,”terang Fazrie Affendi dengan satu nafas.

Khairil yang pada mulanya terpinga-pinga terus menghamburkan ketawa.Bergema bilik pejabat sahabatnya itu dengan suara ketawanya.Rasa tak percaya pula dengan apa yang baru diperkatakan oleh Fazrie Affendi.

“Kau ni biar betul?Telinga aku ada masalah atau kau yang salah cakap.”Khairil menginginkan kepastian.Rasanya dia tak salah dengar tapi mustahil pula dengan pengakuan ‘berani mati’ kawannya itu.

“Kau janganlah nak main-main.Aku tengah serius ni.”Fazrie Affendi menjadi naik angin bila melihat Khairil dengan selamba mentertawakannya.Ada jugak yang makan kasut hari ini!!

“Okey..okey..sorry..sorry,”pohon Khairil sebelum Fazrie Affendi naik angin.Bukan dia tak nampak muka sahabatnya yang hampir bertukar kepada ‘Incredible Hulk’.

“So kau terima tak?”tanya Khairil apabila keadaan kembali tenang.

“Aku tak beri keputusan lagi.Parents aku bagi masa seminggu suruh fikir hal ni.”

“Aku rasa baik kau terima saja cadangan mama dan papa kau tu.Lagipun jodoh dari orang tua ni lebih berkat,”saran Khairil berserta dengan ketawa kecil.

Fazrie Affendi segera melempar pen yang di pegang ke arah Khairil.Namun balingannya itu sempat di elak oleh kawan baiknya itu.

“Kau bercakap memang sesedap mulut je.Kenal pun tak kau nak suruh aku kahwin.Dahlah budak perempuan tu tak habis study lagi.Anak tunggul pulak tu. Kau faham-faham jelah perangai anak tunggal ni macam mana.Manja dan segedik semacam yang buat aku tak tahan.”

Tak tahu bagaimana nak bayangkan kalau bakal isterinya itu perangai macam perempuan-perempuan yang selalu menganggunya.Lagi parah kalau kelakuan macam anak Tan Sri Hamidi.Kelakuan seperti orang Barat.

“Entahlah kawan.Aku nak komen lebih-lebih pun tak pandai. Aku keluar dulu lah. Banyak lagi kerja yang tak siap. Nanti andai kata kau jadi kahwin, kau jangan lupa pulak jadikan aku pengapit kau,” gurau Khairil tanpa mempedulikan wajah Fazrie Affendi yang kelat itu.

“Banyaklah kau punya pengapit!,”balas Fazrie Affendi dengan nada geram. Sabar je lah dengan kawan baiknya yang sorang ni. Otak memang kurang betul.

Fazrie Affendi memandang lemah langkah Khairil yang baru sahaja beredar daripada biliknya dengan satu senyuman. Memang kuat menyindir kawannya itu. Sebaik sahaja pintu pejabatnya di tutup, Fazrie Affendi menyambung kembali kerjanya yang tertangguh.

2 comments: