S
|
eri Afida Atasya menekan loceng pintu rumahnya
beberapa kali. Ini semua gara-gara tertinggal kunci pendua di rumah sewanya. Dia
baru perasan kunci rumahnya tertinggal apabila sudah melalui separuh
perjalanan. Nak patah balik memang tidaklah!
Pintu besar kayu itu terbuka apabila kali kelima
dia menekan loceng.Seri Afida Atasya segera memeluk Puan Suraya apabila wajah
ibunya itu terjengul di sebalik muka pintu.
“Rindunya Fida dengan ibu,”ucap Seri Afida Atasya
sambil mencium kedua-dua belah pipi Puan Suraya.
“Ibu pun rindu jugak dekat anak ibu yang sorang
ni.Kenapa tak terus masuk je?,”soal Puan Suraya. Biasanya anaknya itu tidak
akan menekan loceng jika mahu masuk ke dalam rumah.
“Fida tertinggal kunci dekat rumah sewa,”jawabnya
perlahan.Bimbang ibunya itu akan memulakan sesi ceramah free pada tengahari
ini.
Puan Suraya hanya mampu menggeleng kepala dengan
sikap cuai anaknya itu. Dari besar sampai kecik.Tak pernah hilang sikap cuai
itu.
“Ayah mana,bu?”soal Sei Afida Atasya sebelum
ibunya itu membebel.Hi..hi.. memang anak mithali.
“Ayah kamu pergi kerjalah.Jom masuk dulu.”
Seri Afida Atasya dan Puan Suraya berjalan
seiringan menuju ke ruang tamu. Seri Afida Atasya duduk menyandar di atas
kerusi antik yang diletakkan di ruang tamu utama.Mata di pejamkan sebentar
untuk melepaskan penat.
“Ada hal penting ke ibu suruh Fida balik?”soal
Seri Afida Atasya kepada ibunya.
“Malam nanti ibu dan ayah beritahu.” Puan Suraya
masih lagi mahu berahsia.
“Alaaa…beritahu sekarang lah ibu,”rengek Seri Afida
Atasya yang sudah beralih tempat di sebelah ibunya. Lengan Puan Suraya di
pegang erat.
“Malam nantilah ibu beritahu. Tunggu ayah ada
sekali,”pujuk Puan Suraya sambil mengusap lembut rambut anaknya.
“Erm..yalah..”gumam Seri Afida Atasya.
Puan Suraya menarik nafas lega. Sebenarnya dia
sendiri tidak tahu bagaimana ingin berterus-terang dengan anak perempuannya
tentang perancangan yang telah di atur dengan keluarga Datin Zahliah.
“Fida pergilah naik rehat dekat atas dulu,”arah
Puan Suraya apabila melihat anak gadisnya itu hampir terlelap.
Sri Afida Atasya sekadar mengangguk kepala.
Memang badannya terasa letih sangat. Bayangan katil sudah terbayang-bayang di
ruangan matanya.
“Jangan lupa mandi dan solat Zuhur dulu,”pesan
Puan Suraya apabila anaknya sudah separuh jalan.
“Baik bu,”balas Seri Afida Atasya,lemah.
Puan Suraya menggeleng kepala melihat kelakuan
anaknya. Langkah terus dia atur ke dapur untuk meneruskan kerja yang tergendala
sebentar tadi.
SERI AFIDA ATASYA tergelak sorang-sorang menonton
kartun Tom and Jerry yang sedang di siarkan di saluran Disney. Puan Suraya dan
Encik Ismail juga turut duduk bersantai di ruang tamu itu setelah selesai
menikmati hidangan makan malam.
“Fida, ibu dan ayah ada benda nak cakap sikit,”ujar
Puan Suraya kepada anak gadisnya yang masih leka menonton rancangan kartun yang
diminati ramai itu.
“Ada apa ibu?”soal Seri Afida Atasya yang masih
memandang televisyen dihadapannya. Sambil itu mulutnya masih sibuk mengunyah
makanan ringan sebagai pencuci mulut.
“Sebenarnya ibu dan ayah nak jodohkan kamu dengan
anak Uncle Kamaruddin dan Aunty Zahliah,”jawab Puan Suraya teragak-agak.Bimbang
melihat reaksi anaknya.
Seri Afida Atasya terus berhenti mengunyah. Puan
Suraya dan Encik Ismail memandang anaknya yang tiba-tiba menjadi patung. Selang
beberapa saat, tercetus ketawa kecil daripada mulut anak perempuannya itu.
“Ibu dan ayah janganlah bergurau macam ni.Dah
lapuk carat u,”ujar Seri Afida Atasya dengan ketawa yang bersisa.
Puan Suraya memandang pelik anaknya.Apa kenalah
dengan anak gadisnya itu. Dia cakap betul-betul, di katanya sebagai gurauan.
“Fida,ibu dan ayah tengah serius. Kami tak
bergurau,”kata Encik Ismail apabila anaknya itu masih lagi ketawa kecil.
‘Hah??Serius??Kahwin??Adoiiii..macam mana ni,’Sri
Afida Atasya bermonolog sendiri.
Seri Afida Atasya mengadap kedua-dua orang
tuanya. Memang muka oaring tuanya tidak main-main.Memang ‘kena’ dia kali ni.
“Ibu…. Fida kan masih belajar lagi. Kenapa
tiba-tiba nak suruh kahwin pulak,” rungutnya dengan muncung sedepa.
“Apa salahnya.Orang lain elok je kahwin walaupun
tengah belajar. Ibu dan ayah buat semua ini untuk kebaikan masa depan Fida
jugak,” terang Puan Suraya supaya anaknya memahami.
“Tengok dululah ibu. Fida masuk bilik dulu,”
pinta Seri Afida Atasya yang sudah bangun dari kerusi. Kartun kegemarannya itu
sudah tidak menarik minatnya lagi.
Puan Suraya mengeluh perlahan. “Kamu ni..time ibu
cakap hal kahwin kamu mulalah nak mengelak.”
Seri Afida Atasya tersenyum kelat. Fikirannya
sangat bercelaru sekarang.
“Biarlah dia naik rehat dulu. Fida pergilah masuk
rehat dulu. Ayah nak kamu fikir baik-baik rancangan ayah dan ibu. Kami tak
memaksa cuma kami nak kamu tahu kami buat semua ini untuk kebahagiaan kamu.Tak
ada ibu bapa yang tak sayang anak sendiri,” terang Encik Ismail panjang lebar
setelah lama berdiam diri. Dirinya faham dilemma yang dialami oleh anaknya.
Seri Afida Atasya menganggik lemah. “Fida masuk
bilik dulu.”
Dirinya sempat mencium tangan dan kedua-dua belah pipi
orang tuanya sebelum melangkah masuk ke kamar. Sekarang ini dia memerlukan masa
untuk menimbang baik dan buruk rancangan orang tuanya.
No comments:
Post a Comment