Monday, 17 December 2012

+CiNtA 2 hAtI:4: (edited)


F
azrie Affendi merenung wajah kedua orang tuanya yang masih setia menanti kata putus daripada dirinya.Semakin di tenung, semakin serba salah pula di buatnya. Apa yang harus aku lakukan Ya Allah.Jika ini takdir jodohku, tenangkanlah hatiku ini untuk meneima si dia.

“Macam mana Azrie?”soal Datin Zahliah.Tak sabar rasanya ingin mendengar keputusan anak terunanya itu.

“Terserah pada mama dan papa.Apa yang terbaik buat mama, In Syaa Allah terbaik buat Azrie jugak,”jawab Fazrie Affendi dengan nada yang lebih tenang dan yakin.

Datin Zahliah dan Dato Kamaruddin mengucap syukur dan tersenyum lebar setelah mendengar jawapan yang dinanti-nantikan daripada anaknya itu. Akhirnya impian untuk berbesan dengan keluarga Encik Ismail tercapai juga.

“Alahamdulillah.Kalau kamu dah bersetuju, dua minggu lagi mama dan papa hantar rombongan meminang,”putus Datin Zahliah dengan muka yang berseri-seri. Maklumlah bakal menerima menantu perempuan sulung.

Fazrie Affendi sekadar mengangguk setuju.Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi. Semuanya terletak di tangan orang tuanya.

Sedang asyik Datin Zahliah dan Dato Kamaruddin berborak dengan anak lelakinya, kedengaran suara anak bongsunya,  Fazlina Arnie terpekik di luar rumah. Mengucap panjang Datin Zahliah dengan perangai anak bongsunya itu.

“Apa kenalah pulak dengan si Fazlina tu.Petang-petang macam ni terjerit-jerit,” rungut Datin Zahliah. Malu dirinya dengan jiran tertangga dengan perangai anak bongsunya itu.

Fazrie Affendi dan Dato Kamaruddin sekadar menjongket bahu. 

“Mak Mah cuba tolong tengok kan si Fazlina tu. Terjerit-jerit kat luar rumah macam pesakit Tanjung Rambutan,”ujar Datin Zahliah kepada Mak Mah yang datang menghidangkan minuman. Mak Mah merupakan orang gaji yang sudah lama berkhidmat dengan keluarganya. Keluarganya sendiri sudah menganggap Mak Mah sebagai ahli keluarga.

“Fazlina sedang bergaduh dengan anak lelaki Datin Shima dekat halaman rumah,” terang Mak Mah kepada majikannya itu.

“Apa?Gaduh!!”Suara Datin Zahliah separuh menjerit.

“Apa nak jadilah dengan anak dara yang sorang ni. Nama je perempuan tapi perangai ligat mengalahkan lelaki,”bebel Datin Zahliah dengan nada yang tertahan. Dirinya sudah berbuih mulut menasihati anak gadisnya itu.

“Tak apalah mama.Biar Azrie tengokkan Lina dekat luar sekejap.” Fazrie Affendi bergerak keluar ke halaman rumah untuk melihat adiknya itu. Suara adiknya itu bagai halilintar sampai satu taman perumahan boleh mendengarnya.

“Abang, cuba awak nasihatkan sikit anak bongsu awak tu. Saya dah tak larat nak marah dia. Ada je hal yang dibuatnya sampai pening kepala saya nak layannya,”leter Datin Zahliah kepada suaminya yang masih khusyuk membaca surat khabar. 

“Biar je lah dengan Lina tu.Awak tak payahlah nak pening-pening sangat. Biasalah budak nak membesar memang macam tu,”jawab Dato Kamaruddin sambil melipat surat khabar yang dibacanya tadi.Kopi yang dihidangkan di atas meja di hirup perlahan.

“Susah betullah cakap dengan abang ni.”Datin Zahliah mula menarik muka.

DI LUAR rumah, peperangan masih hebat diantara Fazlina Arnia dan Zafran. Masing-masing masih tidak mahu mengalah. Sekali tengok memang sebijik macam kartun Tom and Jerry. Fazrie Affendi memandang daripada jauh pergaduhan yang tercetus antara adiknya dengan anak jirannya.

“Kau ingat kau hebat sangat ke hah?! Dahlah muka macam tenuk,”kutuk Fazlina Arnie dengan nada yang sangat lantang. Kalah suara Ning Baizura.

“Hei perempuan!Cakap tu biar berlapik sikit!”tengking Zafran menyaingi nada suara Fazlina Arnie.

“Suka hati akulah!Mulut aku.Yang kau sibuk tu kenapa?!”

Panas hati Zafran mendengar ayat yang keluar daripada mulut Fazlina Arnie. Perempuan ni memang nak kena!

“Kau ingat kau tu bagus sangat ke?Nama je perempuan tapi perangai mengalahkan lelaki,”kutuk Zafran sambil tersenyum sinis. Gembira hatinya apabila melihat air muka Fazlina Arnie yang terus berubah itu.

Muka Fazlina Arnie sudah bertukar menjadi kemerahan gara-gara menahan marah yang teramat sangat. Sudahlah cuaca di luar panas terik, di tambah lagi dengan perangai si tenuk dihadapannya itu. Memang terasa bahangnya.

“Kau ni memang dah melampau!Kau nampak tak kasut aku ni? Nanti tak pasal-pasal kasut aku yang saiz 6 ni masuk dalam mulut kau,”ugut Fazlina Arnie sambil mengangkat kasut sukannya. Memang ada jugak yang mimum petang dengan kasut aku ni!

“Balinglah kalau berani!Kau ingat aku takut sangat ke hah!”cabar Zafran. Siap sempat menjelir lidah lagi.

Fazlina Arnie sudah mengangkat tinggi-tinggi kasut sukannya. Targetnya, balingan yang di buat harus betul-betul masuk dalam mulut si Tenuk tu. Baru sahaja ingin membuat balingan, tiba-tiba tangannya dipegang oleh seseorang. Fazlina Arnie terus memandang orang yang menghalang niat suci murninya itu. Wajahnya terus berkocak sebaik sahaja mengetahui abangnya yang memegang tangannya.

“Abang apa ni.Lepaskanlah tangan Lina!Biar Lina ajar jantan yang tak berguna tu,”ujar Fazlina Arnie sambil meronta-ronta melepaskan tangannya daripada pegangan abangnya.

“Lina apa ni terpekik macam orang gila kat luar ni! Tak malu ke kalau orang tengok,”  tegur Fazrie Affendi yang masih memegang kejap tangan adiknya itu. Boleh tahan juga tenaga adiknya ini. Biasalah orang tengah marah memang tenaga menjadi luar biasa.

“Si Tenuk tu yang mulakan dulu. Biar Lina ajar dia.”Fazlina Arnie menunding tepat jarinya ke arah Zafran.

“Ish..kamu ni. Suka-suka je panggil orang macm tu! Jom masuk rumah,”marah Fazrie Affendi lalu mengheret tangan adiknya supaya mengikut langkahnya.

“Jaga kau nanti!!”ugut Fazlina Arnie sambil memandang tajam ke wajah Zafran yang sedari tadi mendiamkan diri.

“Maafkan adik abang ni. Hari ni dia kurang sihat sikit. Agaknya lupa makan ubat kot,”gurau Fazrie Affendi tanpa mempedulikan wajah Fazlina Arnie yang kelat itu.

Fazlina Arnie mendengus geram apabila abangnya dengan selamba kenakan dia depan musuh ketatnya itu. Ingat aku ni gila ke sampai kena makan ubat! Memang nak kena  abangnya itu!!

“Tak apa bang. Saya faham.”Zafran membalas gurauan Fazrie Affendi.

Akhirnya terhambur gelak daripada kedua-duanya. Makin berangin Fazlina Arnie.Fazrie Affendi segera meminta diri. Fazlina Arnie mengikuti langkah abangnya masuk ke dalam rumah dengan muncung sedepa. 

‘Memang ‘confirm’ ceramah motivasi akan di beri sebentar lagi. Ini semua gara-gara Si Tenuk tu. Ada lori ada bas, ada hari memang aku balas,’ azam Fazlina Arnie di dalam hati.


p/s:comment anda amt diprlukan bg memperbaiki klemahan dri.tq

No comments:

Post a Comment