S
|
uasana di kafe fakulti riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar. Ada
yang sedang mengulangkaji pelajaran dan menjamu selera. Tak kurang juga ada
juga pasangan yang bercinta. Salah satu contohnya adalah Fakrul anak Dato
Hamdan yang sedang ‘test power’ dengan pelajar perempuan yang berada di situ.
Seri Afida Atasya hanya memerhati sahaja tingkah
laku Fakrul yang sedang mengayat pelajar perempuan yang kebanyakkan juniornya.
Dirinya sendiri tak tahu bagaimana ingin mengklasifikasikan hubungannya dengan
lelaki itu. Ada masa Fakrul akan memperkenalkannya sebagai teman wanita kepada
teman-teman mereka. Tetapi apa yang dilakukan Fakrul sekarang ini tidak
mengambarkan dirinya buah hati lelaki itu.
“Hai sayang,”tegur Fakrul lalu mengambil tempat
berhadapan dengan Seri Afida Atasya.
“Hai,”balas Seri Afida Atasya dengan senyum
tawar.
“Kenapa dengan muka you sayang?Muram je.You ada
masalah ke?”soal Fakrul. Pada masa yang sama dia sempat lagi bermain mata
dengan Amelia. Rakan sekelasnya.
“Tak ada apa-apalah,”balas Seri Afida Atasya
selamba. Bukan dia tak perasan apa yang dilakukan Fakrul sekarang ini.
“Ha..I tahu. You mesti cemburukan I berborak
dengn perempuan lain tadi kan? Come on sayang. I saja je beramah mesra dengan
diorang. You tetap buah hati I yang paling I sayang tau.”
Tu dia!!Dah keluar dah ayat buaya daratnya!!
Seri Afida Atasya sekadar tersenyum hambar.
Dirinya sudah muak mendengar alasan yang sama.
“Sayang?”panggil Fakrul sambil cuba memegang
tangan Seri Afida Atasya.
Seri Afida Atasya segera mengalihkan tangannya.
Dia tak suka Fakrul dengan seenaknya memegang tangannya. Dengan perempuan lain
boleh tetapi tidak sama sekali dengannya.
“Sorry…sorry..I tak sengaja,”mohon Fakrul
apabila memandang wajah Seri Afida Atasya yang tiba-tiba berubah. Faham sangat
dengan prinsip buah hatinya itu. Tak terbuka langsung berbanding dengan
perempuan-perempaun yang dia kenal sebelum ini.
Seri Afida Atasya tersenyum kelat. “It’s
ok.Sebenarnya I ada benda nak bincang dengan you.”
“Apa dia?,”soal Fakrul sambil lewa. Mata lelaki
itu sempat lagi melilau ke arah lain.
Seri Afida Atasya mengeluh perlahan. Patut ke dia
berterus terang dengan keadaan Fakrul yang langsung tidak memberi perhatian
dengan perkara yang ingin disampaikan.
“I akan bertunang minggu depan,”ujar Seri Afida
Atasya dengan sekali nafas.
Fakrul yang pada mulanya tergamam terus menghamburkan
gelak. Seri Afida Atasya memandang pelik ke arah Fakrul yang ketawa macam
pesakit mental. Dia bukan buat lawak
sekarang ini.
“Kenapa you gelak?”tanya Seri Afida Atasya dengan
nada yang geram.
“Soo.. Sorry..sorry.. I tak ada niat pun nak
ketawakan you sayang tapi you tu yang tiba-tiba buat lawak free,”jawab Fakrul
dengan ketawa yang masih bersisa.
“I tak buat lawak Fakrul Dato Hamdan!” Suara
kerasnya sudah dikeluarkan bagi membuktikan apa yang dikatakan sekarang ini
bukan satu lawak jenaka.
Fakrul langsung tak rasa terkesan dengan suara
tegas Seri Afida Atasya. Baginya buah hatinya itu cuma ingin bermain-main
dengannya.
“Dah lah tu sayang.I tahu you sengaja cakap macam
tu sebab nak balas dendam dekat I sebab I kacau perempuan lain tadi.I dah boleh
baca taktik you tu. Tapi serius I kata taktik yang you pakai ni memang
lawak.”Sekali lagi Fakrul ketawa besar. Lebih kuat daripada yang pertama tadi.
Seri Afida Atasya memberi jelingan tajam kepada
Fakrul yang masih lagi tidak berhenti ketawa. Beberapa pelajar yang berada di
situ sudah memandang ke arah mereka. Termasuklah junior-juniornya yang Fakrul
kacau tadi.Malu dirinya.
Seri Afida Atasya segera mengambil beg dan
buku-bukunya lalu terus bangun meninggalkan Fakrul sendirian di situ. Lagi
lama dia berada di situ lagi sakit hatinya mendengar ketawa Fakrul. Memang
lelaki itu tak pernah ambil serius dengan semua perkara. Baginya semua perkara
adalah satu jenaka. Dia hanya buat tidak tahu apabila mendengar Fakrul
melaungkan namanya.
SURIA
mencuit bahu Nini yang sedang khusyuk menonton sinetron Indonesia yang
sedang ditayangkan di kaca televisyen.Nini segera menoleh ke belakang. Suria
segera memuncungkan mulutnya ke arah Seri Afida Atasya yang sedang duduk
mengelamun. Nini mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu apa yang terjadi
dengan kawannya yang sorang tu.
“Fida?”panggil Nini dengan nada yang sedikit kuat. Kalau panggil
macam biasa memang confirm kawannya itu tak dengar. Biasalah orang tengah
mengelamun mana dengar kalau ada orang panggil.
“Apa?”Malas sahaja nada suaranya. Memang dia tak
ada mood nak bercakap sekarang ini.
“Kau kenapa Fida?Ada masalah ke?Muka macam orang
berkabung je,”soal Suria dengan nada berseloroh.
Bukan dia tak perasan sejak dari kelas Puan
Farhan lagi wajah kawannya itu murung. Nak beri perhatian dengan apa yang
sedang di ajar di depan memang tidak lah. Termenung saja sepanjang kelas
dijalankan. Ingatkan bila balik rumah, mood kawannya itu akan jadi baik. Tetapi
apa yang di lihat sama sahaja macam petang tadi. Langsung tak ada perubahan.
“Aah..lah Fida.Aku pun perasan.Kalau ada masalah
share lah dengan kitaorang?” sampuk Nini pula.
Seri Afida Atasya mengeluh perlahan.”Aku tak
apa-apa lah. Penat sikit je. Korang tak payah lah risau.Aku masuk bilik dulu
nak rehat.”
Seri Afida Atasya segera mengangkat punggung dari
sofa. Langkah di atur ke kamarnya. Dia
masih belum bersedia untuk berkongsi masalah dengan rakan-rakannya. Ini
masalahnya sendiri.Dia yakin dapat menyelesaikan sendiri tanpa menyusahkan
rakan-rakan yang lain.
Nini dan Suria semakin pelik melihat kelakuan
Seri Afida Atasya. Tak pernah-pernah kawannya itu buat perangai pelik macam
sekarang ini. Akhirnya mereka berdua fikir lebih baik jangan kacau kawan mereka
itu dulu buat masa sekarang.
Seri Afida Atasya menghempaskan badannya di atas
katil. Kepalanya sangat berat rasanya memikirkan masalah-masalah yang datang.
Baru petang tadi dia menelefon ibunya untuk menyatakan persetujuannya berkahwin
dengan anak lelaki Datin Zahliah. Ini mungkin keputusan yang terbaik untuk
semua orang. Lebih-lebih lagi terbaik untuk ibu dan ayahnya.
Pasal Fakrul?Lelaki itu sendiri menganggap
kata-katanya sebagai gurauan jadi dia tak perlu penat-penat memikir kerana
Fakrul sendiri tak pernah peduli dengan semua itu. Biasalah anak orang kaya.
Hilang satu, beribu-ribu menanti.
Penat berguling-guling sambil memikirkan masalah,
dia sendiri tidak menyedari pukul berapa matanya terlelap dengan sendirinya.
Hilang rasanya masalah di kepala. Hanya untuk sementara.
p/s:sheira tak tahu sampai bila nk smbung citer ni.Ada masa rasa nak brhenti sampai sini saje n tutup je blog ni.Masih dalam memikir...
nape plak dek sampai nk tutup blog u???usah lh dek...amat menarik novel u nih,n nape plak nk henti kn cam tu jer...sambung lh dek tk sabar akk nk tahu ape reaksi fakhrul bile tau seri afida atasya akan bertunang...sanbung yer dek akk setia jer menunggu dek..pape pn mmg best crite u dek...pleaseeeeee akk nk ggggg dekkkk..
ReplyDeletethanks kak norihan kerna masih setia bca novel ni.. semuanya masih dlm prancangan sma ada ngin tutp atau truskan.. tq atas nasihat akak. In Syaa Allah sy akan cuba sambng secept mungkin..
Deletesalam ..cerite ni basttt..smbung g ok..tak sabar nak tahu yang seterusnya..
ReplyDeletesalam..citer ni bast la..smbung lagi..nak tahu jugak kesudahan dy ap..
ReplyDeletethanks ina.. sy akan cuba sambng secepat mgkn..
Delete