S
|
eri Afida Atasya menilik penampilan dirinya di
hadapan cermin. Malam ini dia akan berkunjung ke rumah orang tua Fazrie Affendi
a.k.a bakal keluarga mertuanya.Fazrie Affendi sudah berjanji akan menjemputnya
di rumah pada pukul lapan lima belas minit malam. Jam di dinding menunjukkan
pukul lapan malam. Dirinya masih mempunyai masa lima belas minit lagi sebelum
lelaki itu muncul di hadapan rumah.
“Sudah cantik pun.Tak payahlah tilik cermin tu
lama-lama,”tegur Suria yang sedari tadi melihat temannya itu berdiri di hadapan
cermin.Silap hari bulan boleh pecah cermin besar tu.
“Okey ke aku pakai macam ini?”Seri Afida Atasya
merasakan ada yang tidak kena dengan pakaiannya.Dia memilih untuk memakai skirt
labuh berwarna merah jambu yang dipadankan dengan kemeja berwarna putih. Dia
membetul-betulkan kain tudung half-moon berwarna senada dengan skirt labuhnya
supaya kelihatan lebih kemas.
“Okey dah aku tengok.Confirm cik abang kau tak
tidur malam tengok kau malam ni.” Sempat lagi Suria menyakat Seri Afida
Atasya.Jujur dan ikhlas dirinya katakan. Sahabatnya itu sungguh cantik malam
ini.Beruntung mana-mana lelaki yang dapat memperisterikan Seri Afida Atasya.
“Ada-ada jelah kau ni.Kau betul ke tak nak ikut
aku sekali?”tanya Seri Afida Atasya. Dia sudah mempelawa Suria dan Nini untuk
menyertainya berkunjung ke rumah Fazrie Affendi pada malam ini. Nini awal-awal
lagi sudah menolak pelawaannya kerana ada temu janji dengan buah hati.Siapa
lagi kalau tak Hisyam. Bekas senior mereka di universiti.
“Aku bukan tak nak ikut cuma aku tak ada mood nak
keluar malam ni.Maybe next time aku ikut kau.”Suria memberi alasan.Memang
dirinya tidak ada mood untuk menyertai sahabatnya itu.Lagipun malam ini dia sudah bercadang untuk menonton drama
Korea yang baru sahaja di beli dua hari lepas.
Pon!!!Pon!!!!Pon!!!!
“Tu mesti tunang kau dah sampai.”Suria mengintai
ke luar tingkap.Kelihatan kereta Mazda CX- 9 berwarna hitam sudah elok
terparking di hadapan rumah. Tetapi orang yang berada di dalam kereta tidak
dapat di lihat kerana cermin kereta yang agak gelap itu.
“Aku gerak
dulu.Jangan lupa kunci semua pintu.”Sempat lagi Seri Afida Atasya menitip
pesan.Maklumlah.Risau jugak nak tinggalkan Suria sorang-sorang.
“Aku tahulah.Kau tak payah risau.Cepatlah
pergi.Kesian cik abang kau kat luar tu,”gesa Suria. Dia sudah besar jadi pandai-pandailah
dia jaga diri sendiri.
Suria menghantar Seri Afida Atasya sampai ke
pintu. Dia melihat seorang lelaki kacak membuka pintu sebelah penumpang.Seri
Afida Atasya sempat lagi melambai ke arah Suria sebelum membolos ke dalam perut
kereta.Suria segera menutup dan mengunci pintu sebaik sahaja kereta hitam itu
meninggalkan perkarangan rumah mereka.
SUASANA di dalam kereta hanya di temani bunyi DJ
Radio Hot Fm yang sedang
bercoleteh.Fazrie Affendi sendiri tidak tahu bagaimana ingin memulakan
perbualan. Dia memandang Seri Afida Atasya yang masih mendiamkan diri.Jari
jemari gadis itu dilihat bermain sesama sendiri.
Seri Afida Atasya terasa serba tak kena.Apasal
lah lelaki di sebelahnya ini sekadar diam membisu sahaja.Takkanlah tak ada
suara kot.Nampaknya terpaksalah dia memulakannya dulu.
“Auntie dan uncle ada nak meraikan sesuatu ke
hari ini?”Seri Afida Atasya memulakan bicara.Cuba mengajak tunangnya itu
berbual.
Tersentak Fazrie Affendi mendengar pertanyaan
tunangnya.Riak wajahnya segera di kawal seperti biasa.”Tak adalah.Saja-saja je
mama dan papa ajak makan malam. Lagipun Fida sendiri tidak pernah sampai lagi
ke rumah kan?”
Seri Afida Atasya hanya tersenyum manis bagi
jawapan untuk soalan itu. Kembang hatinya bila lelaki itu menyebut namanya
dengan lembut sekali.Adoiii..boleh cair ni.
“Siapa yang ada dekat rumah sekarang?”Dia
bertanyakan soalan lagi.
“Mama,papa dan Fazlina je. Kak Long tak dapat
join malam ni sebab ikut abang Johan berkhusus ke Singapura.”
Seri Afida Atasya mengangguk kecil.Dia memandang
tunangnya yang sedang memandu.Lelaki itu kelihatan bergaya walaupun hanya
mengenakan T-Shirt berkolar jenama Polo warna merah dan dipadankan dengan
seluar jeans.Wajah yang putih bersih itu di renung dengan penuh minat.
Tiba-tiba timbul persoalan dalam benaknya.Mengapa
lelaki sekacak ini masih sudi menerimanya sebagai seorang isteri? Padahal dia
sendiri tidak menolak kemungkinan bahawa lelaki ini sudah mempunyai teman
istimewa. Adakah nasibnya sama seperti dirinya? Terpaksa mengorabankan cinta
untuk penuhi keinginan orang tua masing-masing.Timbul keluhan kecil di
bibirnya.
“Kenapa tiba-tiba mengeluh?”soal Fazrie Affendi.Pelik
dia mendengar keluhan yang terbit di bibir merah itu.
“Eh..tak ada apa-apalah.”Takkanlah dia ingin
berterus-terang kepada lelaki itu tentang apa yang bermain di fikirannya.Nanti
apa pula kata lelaki itu sebab mencampuri urusan peribadinya.Tetapi dia sudah
jadi tunang lelaki itu. Jadi tidak salah rasanya kalau dia ingin bertanya.Setakat
tunang pun baru.Bukan nikah pun lagi.
Akhirnya Seri Afida Atasya mengambil langkah untuk mendiamkan diri sahaja selepas penat berperang dengan kata hatinya.
Fazrie Affendi memandang sekilas kepada gadis tu yang tiba-tiba diam.Tadi rancak sangat bertanya.Mungkin dia sedang berfikir kot,tekanya.
to be continue..................
p/s:nantikan part yg 2....
akk nk lagi yer dek...tlg smbg...best..
ReplyDeleteTrima akak sebab sudi drop komen..
DeleteIn Shaa Allah akan disambung secept mungkin..
BEST.
ReplyDeletetrima kasih baby mio...
Delete