Kedatangan Seri Afida Atasya ke rumah bangalo
mewah itu di sambut oleh Datin Zahliah yang sudah sedia menunggu di depan
pintu.Fazrie Affendi dan Seri Afida Atasya berjalanan seiringan sehinggalah ke
pintu masuk.
Datin Zahliah segera memeluk bakal menantunya.
Seri Afida Atasya yang pada mulanya terpinga, tetap membalas pelukan Datin
Zahliah.
“Akhirnya sampai juga Fida ke rumah,”kata Datin
Zahliah sebaik sahaja pelukan terlerai.
Seri Afida Atasya tersenyum manis.Tangan wanita
yang sebaya ibunya itu di cium penuh hormat. “Aunty apa khabar?”
“Sihat.Alhamdulillah.Mari masuk dalam dulu.”Datin
Zahliah menarik lembut lengan tetamu istimewanya itu masuk ke dalam rumah. Seri
Afida Atasya mengikut tanpa banyak soal.
Matanya sempat memandang Fazrie Affendi yang
mengekori mereka dari belakang. Lelaki itu sekadar melemparkan senyuman.Dia
turut membalas dengan senyuman. Boleh ‘cram’ bibirnya malam ini.Daripada tadi
lagi senyum.Tak apalah.Senyum itukan satu sedekah,desisnya.
“Jemput duduk Fida.Jangan malu-malu.Inikah rumah
Fida jugak,”ujar Datin Zahliah lagi.Dia mahu gadis itu menyesuaikan diri
sebelum menjadi sebahagian daripada keluarganya.
Seri Afida Atasya hanya mengangguk kecil.Senyuman
masih tidak lekang dari bibirnya. Dia masih segan untuk beramah-mesra dengan
wanita itu. Walaupun mereka sudah bertemu dan berbual mesra beberapa kali,
tetapi perasaan malu itu masih menebal dalam dirinya.
“Kak Fida……….”jerit satu suara daripada arah
tangga.
Seri Afida segera menoleh.Dia melihat Fazlina
Arnie berlari-lari anak menuju ke ruang tamu.Tubuhnya segera di peluk erat oleh
gadis itu tanpa bagi signal.Terkedu sebentar dirinya.
“Lina,cuba buat perangai elok sikit,”tegur Datin
Zahliah. Kesian pulak dia melihat Seri Afida Atasya yang masih terpinga-pinga
itu.
“Sorry mama.Terlebih excited pula,”balas Fazlina
Arnie.Tangannya masih melingkar di bahu bakal kakak iparnya itu.Rasa tak
sabar-sabar untuk melihat abang dan kakaknya itu bersatu.Mesti best.
Seri Afida Atasya mengusap lembut kepala Fazlina
Arnie. Sememangnya dia agak rapat dengan Fazlina Arnie sejak dari majlis
pertunangannya tiga minggu lepas. Lagipun dia tidak mempunyai adik-beradik.Jadi
tidak salah rasanya dia menganggap gadis itu sebagai adik perempuannya sendiri.
Fazrie Affendi terpengun melihat layanan Seri
Afida Atasya kepada Fazlina Arnie. Terserlah sikap penyayang dan lembut di
situ. Senyuman gadis itu sungguh cantik dengan
wajah yang putih bersih dan kemerah-merahan itu.Cantik sekali,pujinya
dalam diam.
“Ehem..ehem…ehem..”Dato Kamaruddin berdehem
panjang apabila melihat anak terunanya termenung panjang.Semasa turun dari
tangga lagi dia melihat Fazrie Affendi merenung asyik Seri Afida Atasya.Macam
tak pernah jumpa perempuan gayanya.
Fazrie Affendi segera mengalihkan pandangan
matanya. Dia cuba berlagak selamba. Adoiii..macam manalah dia boleh kantoi
dengan papanya.Buat malu muka je. Renung anak dara orang macam tu sekali.
Seri Afida Atasya memandang Dato Kamaruddin yang
sudah mengambil tempat bersebelahan tunangnya.”Uncle apa khabar?”soalnya
berbahasa.
“Baik. Alhamdulillah.Ibu dan ayah sihat?”Dato
Kamaruddin segera bertanyakan khabar bakal besannya.Sudah lama dia tidak
bertemu dengan sahabatnya itu. Rasanya sudah hampir dua minggu.
“Ibu dan ayah sihat.”Seri Afida menjawab ringkas
pertanyaan lelaki separuh abad itu. Baru dia perasan wajah Fazlina Arnie lebih
mengikut kepada Dato Kamaruddin. Berbanding wajah tunangnya yang lebih mirip
dengan Datin Zahliah.
Tak lama kemudian Mak Mah muncul di ruang tamu
untuk memberitahu makan malam sudah siap dihidangkan. “Mari makan dulu.Nanti
boleh bersembang lagi,” kata Dato Kamaruddin dan di sokong oleh Datin Zahliah.
Pasangan separuh abad itu beriringan bergerak
menuju ke ruang makan. Diikuti dengan Fazrie Affendi dan Fazlina Arnie yang masih
setia berkepit dengan Seri Afida Atasya. Lengan bakal kakak iparnya itu di
pimpin erat menuju ke ruang makan. Seri Afida Atasya sekadar membiarkan.Dalam
hatinya lahir perasaan tenang kerana di terima baik oleh keluarga itu. Jadi
tidaklah dia merasa terlalu kekok.
Fazrie Affendi sekadar menggeleng kepala melihat
keletah manja adik bongsunya. Boleh pening bakal isterinya itu nanti melayan
ragam Fazlina Arnie. Manjanya terlebih. Maklumlah anak bongsu dalam keluarga.
Perangainya boleh kalah budak tadika,sempat lagi Fazrie Affendi mengutuk
adiknya.
“Jemput makan Fida. Jangan segan-segan,”pelawa
Dato Kamaruddin.
“Semua lauk ni mama yang masak. Khas untuk
menantunya yang tersayang,” sampuk Fazlina Arnie dengan nada berseloroh. Padahal
baru bakal menantu. Belum menjadi menantu lagi.
Seri Afida Atasya tersenyum saja.Matanya
memandang berbagai-bagai jenis lauk yang dihidangkan. Ada ayam masak merah,sayur
campur,ikan siakap tiga rasa dan macam-macam lagi lah.Boleh dikatakan penuh
satu meja dengan lauk sahaja.
Fazrie Affendi menolong tunangnya mencedok nasi
dan segala jenis lauk ke dalam pinggan. Pinggan nasi yang penuh itu dihulurkan
kepada gadis itu. Seri Afida Atasya melemparkan senyuman manis sebagai tanda
ucapan terima kasih.
Dato Kamaruddin dan Datin Zahliah tersenyum
melihat adegan itu. Hati tua mereka berasa tenang melihat cara anak lelakinya
melayan Seri Afida Atasya. Fazlina Arnie pula tersenyum sambil menahan gelak
kelakuan pasangan itu. Romantik habis. Kalah drama Korea.He..he..he..
“Fida bila finish study?”soal Dato Kamaruddin.
“In Shaa Allah dalam bulan empat tahun
depan,uncle.”Lembut sahaja suara yang keluar dari bibir itu.
Dato Kamaruddin mengangguk perlahan.Terasa serba
salah pun ada kerana tergesa-gesa ingin menyatukan anak lelakinya dengan gadis
itu. Tetapi kalau dia menunggu, risau pulak ada orang lain pula yang berkenan
untuk dijadikan menantu. Siapa yang tidak mahu bermenantukan gadis seperti Seri
Afida Atasya. Tengok wajah sahaja sudah sejuk hati tua mereka memandang.
“Auntie dan uncle minta maaf kalau perkahwinan
kamu berdua menganggu pelajaran Afida.”Datin
Zahliah pula berkata. Hati orang tua mana yang tidak risau dengan
anak.Lagi-lagi yang masih mentah seperti bakal menantunya ini.
“Auntie jangan kata begitu. In Shaa Allah kalau
niat kita baik,semuanya akan berjalan dengan lancar. Allah SWT akan
mempermudahkan semuanya. Fida sendiri tidak rasa terganggu dengan semua ini.
Malah Fida sendiri berasa terharu kerana auntie dan uncle sekeluarga sudi
menerima Fida.”Ikhlas dirinya katakan dia bersyukur dengan apa yang terjadi
dalam hidupnya sekarang. Dia yakin keluarga ini mampu membahagiakan dirinya
seperti mana dia bahagia dengan keluarga sendiri.
Hampir menitis air mata Datin Zahliah mendengar
pengakuan ikhlas Seri Afida Atasya. Dia dan suami memang tidak silap menilai
gadis itu. Dia yakin anak lelakinya pasti akan jatuh cinta dengan ketulusan
Seri Afda Atasya.Dirinya sendiri sudah mula menyayangi gadis itu seperti
anaknya sendiri.
Fazrie Affendi menoleh ke sebelahnya. Wajah Seri
Afida Atasya di pandang dengan pandangan yang sukar untuk diungkapkan. Jujur
hatinya berkata dia sangat terharu dengan jawapan yang di beri oleh gadis itu
sebentar tadi. Dalam diam dia kagum dengan sikap positif yang ada dalam diri
Seri Afida Atasya. Walaupun umur masih mentah, namun pemikirannya sudah mampu
berfikir secara matang.
Seri Afida Atasya memandang Fazrie Affendi yang
masih tidak lepas pandang memandangnya. Sejak dari tadi lagi dia perasan lelaki
itu asyik merenungnya. Dia sekadar melemparkan senyuman kecil walaupun senyuman
itu agak kekok. Masih malu. Siapa yang tak malu kalau di renung sebegitu.Lagi-lagi
daripada lelaki kacak sebelahnya ini. Boleh tak lena tidur malam ini.
Fazrie Affendi segera tersedar apabila melihat
ketidakselesaan Seri Afida Atasya. Dia sempat membalas senyuman gadis itu
sebelum menyambung kembali makan.
Suasana di ruang makan itu masih riuh dengan suara Dato
Kamaruddin dan Datin Zahliah yang masih sibuk beramah mesra dengan bakal
menantunya. Kadang-kadang Fazrie Affendi ada juga menyampuk sama. Sesekali
terdengar juga suara kepoh Fazlina Arnie yang tak habis-habis menyakat abang
dan kakak iparnya.Sungguh meriah ruang makan itu dengan suara mereka
sekeluarga.
p/s:rasanya terlebih menaip pula..Terlebih merapu pun ada.. Diharapkan anda semua suka dengan entry kali ini walaupun ayat banyak 'ke laut'.. Hehehe.. Komen masih lagi diperlukan bagi memperbaiki diri ini..
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tapi bersandarkan atas kelemahan saya sendiri..
boleh klik sini untuk mengetahui dan prihatin tentang isu di Syiria..
best nak lagi.
ReplyDeletetq baby mio..
Delete