Friday 26 July 2013

+CiNtA 2 hAtI:11 (part i): (edited)



Sudah hampir lima jam pusat membeli-belah di ibu kota di terokai Seri Afida Atasya dan Suria.Kebetulan hari ini hari minggu, Seri Afida Atasya mengajak Suria menemaninya membeli barang hantaran. Ibunya sudah berulang-ulang kali telefon bertanya pasal persediaan untuk perkahwinan. Hampir bernanah telinga mendengar ‘syair’  Puan Suraya. Khas buat puterinya.

“Dari tadi lagi kita berjalan.Tapi satu barang pun kau tak beli.”Suria sudah membuat muka bosannya. Mana tak bosannya. Hampir semua kedai mereka masuk. Tapi semua barang yang di jual tak berkenan di hati Seri Afida Atasya.

“Aku bukan tak nak beli. Cuma aku tengok barang-barang tu semua biasa-biasa je. Aku nak cari something yang luar biasa,”balas Seri Afida Atasya lalu duduk di bangku yang di sediakan untuk pengunjung yang ingin berehat. 

“Kau nak luar biasa macam mana lagi mak cik oiii? Takkanlah kau nak cari kemeja yang sebelah warna merah dan sebelah lagi warna hijau. Ataupun kau nak cari seluar separuh warna biru dan separuh lagi warna kuning. Macam tu baru nampak luar biasa bagi kau?”ujar Suria separuh geram. Geram dengan perangai cerewet Seri Afida Atasya. Ini kali pertama dia melihat perangai kawannya begini. Kalau sebelum ini tak adalah cerewet macam sekarang.

Seri Afida Atasya segera memberi cubitan berbisa pada lengan Suria. Boleh pulak kawannya itu buat lawak pada saat-saat genting macam ini.

“Adoiiii..sakitlah Fida.”Suria menggosok lengan yang sudah ada cop mohor sebesar duit syiling. Boleh tahan jugak sakitnya. Dia memandang Seri Afida Atasya yang hanya membuat muka selamba.

“Padan muka.Buat loyar buruk lagi. Aku nak beli barang hantaran kahwin bukan nak beli barang pertunjukkan sarkas,”kata Seri Afida Atasya sambil memandang Suria yang tersengih macam kerang busuk.

“He…he..sorry lah.Aku gurau je tadi.Habis tu kau nak cari dekat mana lagi?”soal Suria.

Seri Afida Atasya menggeleng kecil sebagai tanda tidak ada idea. 

“Hah..Aku ada idea.Apa kata kau order je dalam catalog,”cadang Suria dengan muka tak bersalah.

Terjengil mata Seri Afida Atasya mendengar cadangan ‘bernas’ sahabatnya itu. “Kau ni bukan nak tolong aku. Tapi menambahkan masalah aku. Kalau ibu aku tahu yang aku beli barang hantaran melalui catalog, mahu tiga hari dua malam aku kena forum perdana.Kalau nasib tak baik, dengan ayah aku sekali kena.”Dia mulai geram dengan Suria.

Suria tergelak kecil mendengar bebelan Seri Afida Atasya. Membebel panjang-panjang tapi muka senyum. Suara dengar garang tapi cara cakap lembut dan ayu. Itulah satu kelebihan yang ada pada sahabatnya itu. Raut wajah yang ayu dan suara yang lembut walaupun tengah marah. Kalau orang lain takut bila kena marah. Ini sudah terbalik pulak. Rasa suka bila kena marah.

“Apa kata kau pergi Singapore je. Auntie aku cakap kat sana banyak barang cantik dan berkualiti.”Selmaba sahaja Suria bicara.

Seri Afida Atasya berfikir sejenak.Singapura.Rasanya boleh jugak. Dia sendiri pun pernah berbelanja di sana. Barang yang di jual pun memang berkualiti. Memang berpuas hati lah kalau dapat berbelanja di sana.

“Kau ikut aku ek,”ajak Seri Afida Atasya.Lagipun minggu depan bermulanya ‘study week’. Jadi boleh lah dia ambil peluang.

“Ikut kau?Pergi mana?Singapore ke?”Suria segera bertanya. Takkanlah kawannya itu serius nak pergi barang dekat sana.Dia sekadar cakap kosong saja semasa beri cadangan tadi.Tapi tak sangka pula Seri Afida Atasya bersetuju.

“Kau temankan aku pergi sana ek.”

“Kau serius ke ni?”Suria inginkan kepastian. Manalah tau kawannya itu sekadar bergurau.

“Aku serius lah.Kau nak tak?”Geram pula dengan Suria yang tak percaya kata-kata nya. Padahal tadi beria bagi idea.Sekarang banyak tanya pulak budak sorang ni.

“Mestilah aku nak.Tapi kau sponser lah.Boleh?”Matanya dikerdipkan beberapa kali. Macam comel sangat buat muka macam tu.

“Iyalah.Semua aku tanggung.Kau cuma ikut aku je.”Seri Afida Atasya menyatakan persetujuan. Dia sendiri tak pernah berkira dengan Suria. Mereka sudah lama berkawan. Sudah macam adik-beradik pun.

“Yahoooooo…So,bila kita nak pergi?”Dalam matanya sudah terbayang-bayang tempat-tempat yang menarik di Singapura.Tak sabar rasanya.

“Kita berangkat lusa. Hari selasa kita balik sini.”Putus Seri Afida Atasya. Kalau boleh dia tidak mahu menangguhkan kerja. Lagipun banyak lagi yang masih belum di selesaikan. Dengan kad kahwin, senarai jemputan,baju pengantin,pelamin,dan macam-macam lah.Boleh pening di buatnya.

“Alaaahh..Takkanlah tiga hari je,”rungut Suria.Tak syok lah macam ni. 

Seri Afida Atasya tersenyum melihat wajah cemberut Suria. “Cukuplah tiga hari. Kita kan nak pergi beli barang.Bukan nak pergi bercuti.Lagipun exam dah nak dekat. Takut tak sempat je nak study.”

Suria akhirnya mengalah.Betul jugak apa yang dikatakan oleh kawannya itu. Peperiksaan akhir semester dah nak dekat tapi satu benda pun tak sedia lagi. Dia lebih rela mengorbankan masa cutinya daripada terpaksa mengulang balik sem. Memang tak sanggup.Kalau boleh biarlah mereka bertiga dapat mengenggam segulung ijazah dengan keputusan cemerlang.

“Baju kahwin kau bila nak cari?”soal Suria. Kalau tak ada lagi, bolehlah mereka cari sekali nanti di Singapura. Boleh jimat masa dan belanja.

“Baju kahwin, pelamin dan barang-barang lain keluarga tunang aku yang prepare. Kalau nak ikutkan barang hantaran pun ibu aku nak tolong sediakan.Tapi aku sendiri yang tak nak.Lagipun ini majlis aku dan Fazrie. Jadi, aku nak rasa buat benda ni sendiri.Baru rasa lebih berpuas hati,”cerita Seri Afida Atasya panjang lebar.

Suria mengangguk perlahan tanda mengerti.Jam di tangan segera di tilik. Sudah hampir pukul sembilan malam.”Jomlah kita balik.Aku dah penat plus lapar sekarang ni.”

Mereka segera bangun dari kerusi. “Nak pergi makan mana?”Seri Afida Atasya segera bertanya.Perutnya juga sudah mula menyanyikan lagu rap sekarang ni. 

“Tak kisahlah mana-mana pun.Aku on je sebab kau kan nak belanja,”ujar Suria dengan nada berseloroh.

Seri Afida Atasya sekadar ketawa kecil.”Iyalah.Jom gerak.”Mungkin lebih baik singgah di kedai makan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.Lagipun dia teringin nak makan di Restoran Thai yang terletak berhampiran dengan rumah sewa mereka. Masakan tomyam di restoran tu memang kaw punya. Baru sebut saja boleh meleleh air liur. Belum makan lagi.Memang tak pandang kiri kanan lah nampaknya. He..he…he… 



to be continued...............................

1 comment: